Connect with us

Makan Bekal Dalam Dewan Rakyat, Tindakan Syed Saddiq Undang Reaksi Netizen!

Oh! Tidak

Makan Bekal Dalam Dewan Rakyat, Tindakan Syed Saddiq Undang Reaksi Netizen!

Seperti semua tahu, minggu ini adalah minnggu dimana semua ahli parlimen bersidang di Dewan Rakyat. Sebelum ini panas beberapa isu pertikaman lidah antara ahli parlimen dalam mempertahankan hujah masing-masing. Disebalik itu semua, YB Syed Saddiq telah menarik perhatian netizen setelah beberapa keping gambar beliau makan di dalam Dewan Rakyat.

Gambar yang tersebar luas berkenaan mengundang reaksi netizen terutamanya warga media sosial. Ada yang menganggap bahawa tindakan beliau dilihat lapar perhatian sambil mempersoal peraturan Dewan Rakyat yang membenarkan ahli Parlimen untuk makan di dalam dewan berkenaan.

Namun begitu, ada juga yang bersangka baik dan mempertahankan tindakan Syed Saddiq berkenaan kerana memahami situasi getir yang dialami oleh ahli parlimen Muar berkenaan kerana sibuk menguruskan masalah banjir yang melanda kawasannya.

OHMEDIA: SIBUK SUNGGUH AGAKNYA SAMPAI TERPAKSA MAKAN BEKAL DALAM DEWAN, TAPI ADA KE PERATURAN MELARANG MAKAN DIDALAM DEWAN RAKYAT, TANYA JERRR…

Kredit:Twitter @donjuandereyzal

+ Baca respon pembaca tindakan Syed Saddiq undang reaksi netizen di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top