Connect with us

Oh! Media

“Ismail Sabri Juga Pernah Tolak Guna Kereta Kalis Peluru” – Datuk Ruhaidini Abdul Kadir

Oh! Negara

“Ismail Sabri Juga Pernah Tolak Guna Kereta Kalis Peluru” – Datuk Ruhaidini Abdul Kadir

Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Beli Baru” – Anwar Ibrahim Tidak Mahu Pejabat Diubahsuai, Mahu Wujud Budaya Berjimat

Menurut Anwar, tujuan beliau menolak untuk menggunakan kenderaan itu adalah kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat untuk dirinya.

Ismail Sabri juga pernah tolak guna kereta kalis peluru

Terbaru, Bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir tampil mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis perluru yang disediakan kerajaan untuknya.

Menurut Ruhaidini, Ismail Sabri lebih selesa untuk menggunakan kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubah suai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri.

Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubah suai.

Justeru itu, Ruhaidini turut menambah bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak untuk menggunakan kenderaan mewah dibeli Jabatan Perdana Menteri itu bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas