Connect with us

Oh! Media

“Jangan Beli Baru” – Anwar Ibrahim Tidak Mahu Pejabat Diubahsuai, Mahu Wujud Budaya Berjimat

Oh! Politik

“Jangan Beli Baru” – Anwar Ibrahim Tidak Mahu Pejabat Diubahsuai, Mahu Wujud Budaya Berjimat

Perdana Menteri Ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beliau tidak mahu kerajaan membeli kenderaan rasmi untuk kegunaannya serta sebarang pengubahsuaian di pejabat.

ADVERTISEMENT

BACA: Promosi Pen Guna Situasi Angkat Sumpah Anwar, Netizen Kagum Strategi ‘Marketing’ MYDIN

Beliau berkata demikian kerana mahu mewujudkan budaya untuk tidak membazirkan dana kerajaan seperti amalan pentadbiran yang terdahulu.

Budaya baru

Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau hanya membenarkan pengubahsuaian yang diperlukan sahaja seperti karpet di Jabatan Perdana Menteri yang telah pecah.

Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baru. Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita. Fikirkan ini boleh jimat RM100, RM1000, RM10,000 itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah. Saya mulakan dari situ selain tidak ambil gaji. – Anwar

Selain itu, pemimpin itu telah berjanji untuk enggan menerima gaji Perdana Menteri dan akan berusaha untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas