Connect with us

Oh! Media

Respek! Tugas Cuma Jaga Parking Tapi Sanggup Redah Hujan Jaga Helmet Orang

Parking

Oh! +

Respek! Tugas Cuma Jaga Parking Tapi Sanggup Redah Hujan Jaga Helmet Orang

Kalau sebut tentang orang yang jaga parking, confirm kita terbayang brother-brother yang akan tolong guide mana petak parking yang kosong, kita park kereta, kemudian kita bagi duit sikit dekat dia sebagai upah. Settle!

Siapa je yang nak ambil kisah tentang orang jaga parking, kan? Tapi lain ceritanya dengan seorang abang yang videonya viral dekat TikTok. Dalam video tersebut, hari hujan dan ada banyak motor park dekat satu kawasan.

IKLAN

Tapi, abang ni sanggup redah hujan untuk bungkus semua helmet yang ada atas setiap motor untuk elakkan daripada basah kena hujan. Fuh! Memang respect habis dekat brother ni. Susah nak jumpa orang-orang yang baik hati dan ada common sense macam dia sekarang.

Rata-rata netizen pun memang puji sikap lelaki tersebut. Yelah, walaupun tugas dia cuma jaga parking, tapi dia tak berkira pun nak buat benda yang kalau ikutkan, dia tak perlu buat pun. Tak kurang juga netizen yang mendoakan kebaikan pada dia.

Photo6179186448691997131
Photo6179186448691997132

Tengok video macam berlaku dekat Indonesia. Tapi, tak salah pun kalau kita nak tengok dan ambil pengajaran. Benda yang baik, eloklah kita sebar supaya sama-sama dapat belajar. Semoga abang tu terus maju jaya dan dipermudahkan urusan sebab dah mudahkan urusan orang lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas