PepsiCo tampil dengan strategi baru yang memenuhi gaya hidup digital Gen Z, dari kandungan hingga ke pengalaman beli-belah.
Untuk Gen Z, snek bukan lagi sekadar makanan ringan. Ia adalah aksesori gaya hidup, prop untuk kandungan media sosial, dan simbol nilai peribadi. Dalam dunia di mana ‘livestream’ menjadi pusat beli-belah dan segala yang dikongsi mesti estetik, PepsiCo menyahut cabaran ini dengan strategi yang dicipta khas untuk generasi TikTok.
“Gen Z tak asingkan antara kandungan dan pembelian. Bagi mereka, setiap benda perlu rasa bermakna – dari rupa produk, mesej yang disampaikan, hingga ke pengalaman membeli,” kata Aditya Ahuja, Pengurus Besar Kluster PepsiCo Foods Malaysia dan Filipina.
Lay’s: Dari Rak Ke Feed TikTok
Antara inovasi terbaru yang menyerlah ialah Lay’s Double Crunch, snek berperisa dengan reka bentuk ‘deep-ridged’ yang bukan saja sedap dimakan semasa sesi gaming atau study malam, tetapi juga sengaja direka untuk nampak menarik di skrin.
IKLAN
Strategi visual ini melonjak naik apabila Lay’s UEFA Jumbo Pack dilancarkan bersama ikon bola sepak dunia, Lionel Messi. Dalam satu sesi sahaja di TikTok Shop, ia menyumbang kepada 70% jumlah GMV, membuktikan betapa Gen Z benar-benar menghargai produk yang eksklusif, visual dan ‘shareable’.
Dari Kandungan ke Komersial
PepsiCo tidak hanya bermain dengan rupa, mereka melabur dalam platform yang Gen Z aktif, terutama TikTok. Di Malaysia, mereka melakukan 25 jam siaran langsung sebulan dengan capaian lebih 30,000 pembeli setiap bulan melalui demo produk bersama pencipta kandungan dan promosi istimewa masa nyata.
Semua ini membuahkan hasil apabila PepsiCo diiktiraf sebagai foodpanda Collaborative Excellence Award, hasil kejayaan menggabungkan strategi ‘occasion-based’ dengan penjualan pantas di platform digital seperti Shopee, Grab dan TikTok.
“Kita tak tunggu tren, kita baca gerak hati pengguna. Kita reka strategi ikut gaya hidup mereka, bukan sekadar ikut-ikutan,” jelas Aditya lagi.
Snek dengan Misi dan Makna
Satu lagi aspek penting dalam pendekatan PepsiCo ialah nilai. Gen Z lebih tertarik kepada jenama yang membawa impak sosial dan kesedaran kesihatan.
Contohnya, PepsiCo Malaysia telah bekerjasama dengan The Assembly Soup Kitchen (TASK) sempena Hari Makanan Sedunia 2024 untuk mengagihkan 1,000 pek makanan kepada komuniti terpinggir di Chow Kit, termasuk pelajar sekolah pelarian, gelandangan dan keluarga B40.
Dalam masa yang sama, reformulasi produk juga dilakukan demi kesihatan pengguna. Siri Quaker 3-in-1 kini hadir dengan kurang gula dan garam, seiring dengan program Jom Quaker Fit yang membolehkan pembeli menebus ganjaran seperti pas spa, pakej kecergasan dan baucar makanan sihat.
Bola Sepak dan Semangat Komuniti
Di Malaysia, tiada budaya yang lebih menyatukan daripada bola sepak. PepsiCo mengambil peluang ini menerusi kempen UEFA Champions League tahun ini yang bukan sekadar peraduan tiket, tetapi sambutan besar-besaran di 60 lokasi, melibatkan lebih 80,000 peminat melalui permainan interaktif, cabaran komuniti dan aktiviti lapangan.
Setiap pengalaman di lokasi disatukan dengan cerita digital, menjadikannya momen yang peribadi, tetapi cukup menarik untuk dikongsi.
“Hari ini, Gen Z tak mahu jadi penonton. Mereka nak rasa termasuk, nak jadi sebahagian dari cerita,” kata Aditya.
“Dan kami pastikan setiap kempen membuka ruang untuk mereka alami, bukan sekadar lihat.”
Lay’s Sedia Sahut Cabaran Masa Depan dengan Target Audiens Baru
Dengan pelancaran kilang baharu di rantau Asia Pasifik dan perisa baharu bertema Jepun yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, Lay’s bersedia untuk terus mendalami citarasa dan budaya Gen Z.
Tambahan pula, kehadiran pek kecil dan keluarga menjadikannya mudah dinikmati di mana-mana, dari bilik hostel ke rumah mak ayah.
Kempen seperti Jom Quaker Fit dan inisiatif global pep+ (PepsiCo Positive) menunjukkan bagaimana PepsiCo tidak hanya mahu menjual, tetapi mahu memberi makna kepada setiap pembelian.
Jadi, sama ada anda makan Lay’s semasa menonton bola sepak atau kumpul mata dengan Quaker untuk ke spa, setiap snek kini datang dengan cerita dan peluang untuk menjadi sebahagian dari komuniti.
Lay’s dan Quaker boleh didapati di platform jualan seperti Shopee, foodpanda, Grab dan TikTok Shop.
Untuk maklumat lanjut dan penebusan ganjaran, layari laman web rasmi Jom Quaker Fit Club hari ini.
Kongsikan artikel ini:
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM