Connect with us

Oh! Media

“Tumpang Rezeki Isteri” – Hafiz Mahamad Syukur Menang Dua Anugerah Gempak Most Wanted

“Tumpang Rezeki Isteri” – Hafiz Mahamad Syukur Menang Dua Anugerah Gempak Most Wanted

Oh! Inspirasi

“Tumpang Rezeki Isteri” – Hafiz Mahamad Syukur Menang Dua Anugerah Gempak Most Wanted

Semalam, berlangsung satu majlis Anugerah Gempak Most Wanted bagi memberi pengiktirafan khas buat pempengaruh digital yang berada di negara kita.

ADVERTISEMENT

BACA: “Teringin Sangat Hantar Mereka Ke Bumi Allah” – Hafiz Mahamad Bawa 120 Staf Tunai Umrah Januari Nanti

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad berjaya merangkul dua anugerah dan telah dinobatkan sebagai Digital Influencer Tergempak dan membawa pulang Anugerah Khas Gempak Most Wanted.

Anugerah buat isteri

@hafizmahamad Isteriku, terima kasih tumpangkan kehebatanmu. @Syafiqah Aina ♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From "Rab Ne Bana Di Jodi") – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

Dalam pada masa yang sama, Hafiz mengucapkan rasa syukur atas penghargaan tersebut dan mengatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu merupakan salah satu rezeki isterinya.

Jika ini adalah rezeki, saya percaya ini adalah rezeki untuk lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri dan awak semua.

Usahawan itu juga mendedahkan bahawa isterinya, Syafiqah Aina memberitahu bahawa dirinya tidak mahu ke atas pentas sekiranya memenangi sebarang anugerah.

Tetap bersama

Oh! Media - “Tumpang Rezeki Isteri” – Hafiz Mahamad Syukur Menang Dua Anugerah Gempak Most Wanted

Namun begitu, Hafiz tetap memimpin tangan isterinya ke atas pentas kerana percaya ini adalah rezeki yang patut dikongsi bersama.

Tidak, Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya takkan terima apa apa anugerah tanpa dia di tepi kerana saya malu. Biarlah semua ini kita rasa sama-sama.

Hafiz juga sempat beri penghargaan kepada staf apabila mengumumkan cuti satu hari dan bonus hari raya sebanyak satu bulan gaji.

Wah, sweet betul Hafiz Mahamad ini. Memang inspirasi betul!

Kredit: TikTok I Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas