Connect with us

Oh! Media

 “Teringin Sangat Hantar Mereka Ke Bumi Allah” – Hafiz Mahamad Bawa 120 Staf Tunai Umrah Januari Nanti

Trending

 “Teringin Sangat Hantar Mereka Ke Bumi Allah” – Hafiz Mahamad Bawa 120 Staf Tunai Umrah Januari Nanti

Usahawan dan influencer, Hafiz Mahamad memang dikenali dengan sikapnya yang pemurah kepada orang sekeliling termasuk pekerjanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Faham Situasi Pekerja, Hafiz Mahamad Bakal Sediakan ‘Nursery’ Di Ofis Ainaa Beauty

Jika sebelum ini beliau umum bonus, percutian dan tubuhkan ‘nursery’ untuk anak-anak staf, kali ini Hafiz beri kejutan besar apabila membawa 120 pekerja termasuk usahawan Ainaa Beauty tunai umrah Januari nanti.

Menerusi perkongsian video di Instagram, dapat dilihat tangisan pekerjanya yang tidak sangka menerima rezeki besar itu.

Kata usahawan muda ini, dari awal berniaga beliau memang berniat untuk bawa pekerjanya ke bumi Allah. Tetapi sebelum ini syarikat hanya mampu bawa sedikit demi sedikit. Siapa sangka kali ini hasratnya tertunai apabila dapat bawa 120 orang sekaligus.

Mana saya tak sebak, orang kata cara saya salah dalam melayan staff & team ! Manjakan itu manjakan ini, “Takda standart lepak dengan staff/team”. Ini keluarga saya, setiap perjuangan selama ni “mereka lah yg hebat”.

Saya tak peduli tentang KPI, siapa senior siapa junior. Kita 1 keluarga. “Jika 1 pasukan bagus & menjaga kebajikan sesama kita” “kita semua layak merasa manisnya sama sama”.

Paling seronok lagi, ada dalam kalangan pekerjanya merupakan pasangan suami isteri dan dapat tunai umrah sama-sama.

Kalau cerita tentang dulu. Setiap tahun, kita akan bawa “sikit sikit” ke Bumi Allah. Dari kita bawa 20 orang je, tapi HARINI ! 120 orang staff & usahawan Ainaa akan ke Umrah January nanti. MasyaAllah. “Doa mereka disana yang kita nak”. Tak boleh beli dengan apa pun

Ada yang baru masuk tak sampai sebulan turut sama berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci. Syukur!

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas