Oh! Inspirasi
Perjuangkan Inklusiviti: Ketahui Bagaimana Pihak Swasta Menyokong Komuniti Pekak
Oleh
Hanya 1 daripada 100 OKU berjaya mendapatkan pekerjaan tetap. Sedih bila mengetahui statistik semasa bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia masih mencabar kan?
Walaupun ramai yang menghadapi cabaran mencari pekerjaan, golongan pekak sering berdepan dengan halangan yang lebih besar. Namun begitu, beberapa perniagaan di Malaysia sedang berusaha untuk memastikan golongan ini diberikan peluang yang sama seperti orang lain.
Sempena Bulan Kesedaran Pekak pada bulan September ini, penting untuk kita tahu kisah kejayaan dalam komuniti pekak serta jenama-jenama yang aktif memperjuangkan hak mereka.
Restoran Komuniti, Inisiatif Luar Biasa KFC
Salah satu jenama yang telah memperkenalkan inisiatif luar biasa adalah KFC. Mereka mempunyai restoran komuniti yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pekerja kurang upaya, terutama yang mempunyai masalah pendengaran.
Kak Tham & Kak Norsiah Bukti KFC Pentingkan Kebajikan Orang Kelaian Upaya
@soscilimy Kitorang borak dengan 2 orang OKU veteran yang sudi kongsi cabaran mereka mencari kerja dahulu. #fyp #OKU #biardiamasak #soscilimy #dokumentari ♬ original sound – SosciliMY
KFC berjaya memupuk persekitaran inklusif di mana latihan sering diberikan oleh pekerja veteran yang juga daripada komuniti OKU, menawarkan bimbingan dan sokongan yang lebih berkesan kepada pekerja baru.
KFC mempunyai 3 restoran Community Care khusus yang dilengkapi dengan teknologi mesra OKU untuk Komuniti Pekak iaitu di cawangan KFC Sentul Raya, KFC Matang Jaya dan KFC Tanjung Aru.
Satu ciri unik restoran komuniti ini adalah pengurusnya juga boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, memastikan interaksi yang lancar dengan kakitangan pekak. Terbaiklah!
Dalam pada itu, KFC turut menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 100 OKU dengan kelainan upaya yang berbeza di 68 kedai lain di seluruh negara di mana mereka bekerjasama dengan ahli pasukan lain dan mempunyai peluang yang sama dalam kemajuan kerjaya.
Peralatan Khas & Penunjuk Visual Bantu Komuniti Kelainan Upaya
Selain tu, apa yang membezakan restoran ini adalah penggunaan peralatan khas dan yang diubah suai bagi menggantikan isyarat berasaskan bunyi umpama pemasa dapur dengan penunjuk visual seperti lampu berkelip.
Langkah mudah namun berkesan ini mewujudkan ruang kerja yang mudah diakses dan selesa untuk pekerja yang bergantung kepada komunikasi visual.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar untuk meningkatkan kehidupan golongan kelainan upaya.
Ini bukan sahaja mengenai menyediakan pekerjaan, tetapi juga melambangkan komitmen untuk memperkasa komuniti yang kurang bernasib baik dan memastikan setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya.
Ketika kita merenung kemajuan hebat yang telah dicapai oleh komuniti pekak, penting untuk mengiktiraf jenama seperti KFC yang benar-benar membuat perubahan nyata.
Usaha mereka, terutamanya dalam mengubah suai persekitaran kerja dan menawarkan peluang yang sama rata, membantu mengubah persepsi dan meruntuhkan halangan bagi golongan OKU di Malaysia.
Semoga inisiatif ini mengingatkan kita bahawa inklusiviti harus menjadi teras setiap perniagaan, dan dengan menyokong komuniti yang memerlukan, kita boleh membina masyarakat yang lebih penyayang dan prihatin.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.