Connect with us

Oh! Media

Pemilik Homestay Di Melaka Tawar Penginapan ‘Inap Rahmah’ RM5 Sehari Buat B40

Oh! Inspirasi

Pemilik Homestay Di Melaka Tawar Penginapan ‘Inap Rahmah’ RM5 Sehari Buat B40

Sebut sahaja pasal menu rahmah mesti terfikir mengenai hidangan makanan tengah hari dengan harga yang murah dan berpatutan bukan? Kali ini bukan menu tau, tapi Homestay Rahmah.

ADVERTISEMENT

BACA:Tumpang Rezeki Isteri” – Hafiz Mahamad Syukur Menang Dua Anugerah Gempak Most Wanted

Oleh itu, seorang pemilik homestay di Ayer Keroh, Melaka telah mengambil peluang untuk menyokong program tersebut dengan mengadakan pakej istimewa ‘Inap Rahmah’.

Inap Rahmah hanya RM5

inap rahmah

Pemilik Sarasera Homestay, Nurul Himmah memaklumkan dirinya menawarkan pakej tersebut bagi membantu golongan kurang berkemampuan terutama B40.

Saya terfikir, jika kita sudah ada Menu Rahmah, apa kata bantu juga masyarakat B40 yang mungkin tidak pernah merasai pengalaman indah bermalam bersama keluarga di homestay mewah.

Himmah juga memberitahu dirinya pernah merasai kesusahan hidup dan berharap usaha kecilnya itu mampu memberi makna yang besar buat mereka yang mengimpikannya.

Potongan harga rahmah

inap rahmah

Pemilik rumah itu juga berkata dirinya memberi potongan harga hampir 99% berbanding harga asal RM650 satu malam pada hari biasa dan RM750 pada hari cuti umum dan hujung minggu.

Antara syaratnya penginap perlu kemukakan dokumen pendapatan supaya usaha ini betul-betul sampai kepada kumpulan sasar kerana saya juga pernah merasai kehidupan serba kekurangan.

Buat yang berminat dengan pakej istimewa homestay yang terletak di Taman Saujana Indah, Bukit Katil, Ayer Keroh ini boleh hubungi talian  019-6003234 (Ema) atau 012-6943234 (Yaya)

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas