
Oh! Inspirasi
Pasangan Ini Ambil Keputusan Berhenti Kerja Bank Untuk ‘Travel’ Dunia Naik Motor Kapcai
Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Alfi Shahrin dan Diana Latief pernah menarik perhatian netizen semasa musim Olimpik kerana mereka telah menaiki motorsikal kapcai dari Malaysia ke Paris.
Pada mulanya, pasangan ini merancang untuk mengembara ke Qatar bagi menghadiri kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan menunjukkan sokongan mereka kepada Harimau Malaya, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Namun, ketika di Qatar, mereka memutuskan untuk melanjutkan perjalanan lebih jauh sehingga ke Paris.
Bagi Olimpik di Paris, kami membelanjakan kira-kira RM70,000, merangkumi penginapan, makanan, visa, insurans, Carnet, dan segala-galanya.
Difahamkan, Alfi dan Diana telah mengembara lebih daripada 30 negara, termasuk destinasi seperti India, Dubai, Turki, dan London.
Menerusi laporan WeirdKaya, pasangan tersebut telah bekerja di sebuah bank sebelum membuat keputusan untuk berhenti dan bekerja sebagai pemandu pelancong serta penganjur acara.
Mereka membuat keputusan berhenti daripada pekerjaan yang stabil itu untuk mengejar minat mereka dalam pengembaraan.
Perjalanan pertama mereka ialah dari Malaysia ke London. Menurut mereka ianya bukan satu perjalanan yang biasa malah ia adalah penghormatan simbolik kepada Merdeka.
Pengembaraan tersebut ingin membuktikan kepada dunia bahawa motosikal buatan Malaysia bukan sahaja tahan lasak tetapi juga mampu untuk perjalanan jarak jauh.
Aliff juga memberi pesanan kepada orang ramai agar tidak terlalu memikirkan jika ingin mengembara. Pasangan ini juga berharap untuk memulakan perjalanan ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat yang akan datang.
