Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Status Whatsapp Sedih, Kasih Adik Ini Bertaut Kembali Dengan Bibik Tercinta

Oh! Inspirasi

Muat Naik Status Whatsapp Sedih, Kasih Adik Ini Bertaut Kembali Dengan Bibik Tercinta

Kadang kala kasih sayang terhadap individu yang bukan ahli keluarga boleh melebihi segala-galanya. Hal ini berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan bersama pembantu rumahnya, Bibik Yanti.

ADVERTISEMENT

BACA: Pernah Bergelut Dengan Anxiety, Syafi Tee Dedah Keluarga Jadi Peguat Semangat

Dimaklumkan bahawa pembantu rumahnya itu terpaksa pulang ke negara asal kerana urusan keluarga dan menyebabkan dia berjauhan dengan keluarga majikannya.

Rindu bibik

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, Norazlina mengatakan hubungan baik keluarganya bersama Bibik Yanti amat baik hingga ketiadaannya dirasai.

Xufaira seorang anak yang ceria, tapi nampak jelas kesedihannya kerana berpisah dengan bibik. Kalau tengok status WhatsApp dia macam orang putus cinta.

Oleh itu, Norazlina telah merancang membuat kejutan buat anak perempuannya dengan menjemput pembantu rumah mereka kembali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada akhir Februari yang lalu.

Masa di ketibaan di KLIA 2, saya tercari-cari bibik. Tiba-tiba anak saya terdiam, tergamam nampak bibik dulu. Dia menangis sambil kata ‘sampai hati bibik sebab tipu kami”.

Haih, pedih pula mata masuk habuk.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas