Connect with us

Oh! Media

Malaysia Hampir ‘Kehilangan’ The Pocketman, Azizulhasni Jalani Pembedahan Jantung

azizulhasni

Oh! Artis

Malaysia Hampir ‘Kehilangan’ The Pocketman, Azizulhasni Jalani Pembedahan Jantung

Berita ini agak mengejutkan kita rakyat Malaysia apabila tersebar mengenai Azizulhasni Awang baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan laporan Harian Metro, Azizul telah semakin pulih selepas disahkan mengalami masalah jantung yang jarang dialami ramai orang. Beliau telah menjalani pembedahan itu pada 21 April lepas selama 3 jam yang membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.

Sekarang, Azizul masih dirawat dan menjalani pemulihan di Melbourne dan dijangka pulang ke tanah air pada tahun depan.

Pasukan perubatan menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan secepat mungkin kerana ia adalah situasi yang mengancam nyawa. Saluran (darah) saya tersumbat dan hanya tinggal 20 peratus sahaja mengalir, memang sangat minimum, tambah pula kalau saya buat senaman berintensiti tinggi.

Kalau saya bersara atau tak aktif pun saya masih perlu menjalani pembedahan dengan cepat kerana keadaan saya akan menjadi lebih teruk apabila saya semakin berusia. Apabila kita semakin tua, otot jantung akan makin menebal, akan menyempitkan lagi saluran yang terhimpit itu

Beliau sememangnya adalah harapan negara untuk mendapatkan pingat emas dalam saingan Olimpik Paris nanti. Bagaimanapun, terpaksa melupakan beberapa kejohanan antarabangsa seperti di Sukan Komanawel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou tahun ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas