Connect with us

Oh! Media

wanita

Oh! Inspirasi

Kehilangan Ibu Tercinta Akibat Kanser Payudara, Wanita Ini Turut Hidap Penyakit Sama

Kisah seorang wanita yang diuji dengan pelbagai dugaan telah membuka mata ramai pihak. Annie, wanita berbangsa cina menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang ketika ibu sedang melawan penyakit kanser payudara.

Wanita itu menjaga ibunya yang sedang sakit sewaktu MCO memaklumkan kanser yang dihidapi oleh ibu mula merebak secara agresif di seluruh badan sehingga ke bahagian otak.

IKLAN

Annie memberitahu ibunya selalu mengalami sakit kepala berterusan, malah waktu itu rakyat diperintahkan untuk tidak keluar rumah.

Selepas beberapa bulan, akibat kanser ibu Annie telah pergi meninggalkan anak perempuannya buat selama-lamanya.

Walau bagaimanapun, dugaan Annie tidak berakhir di situ, sewaktu wanita itu sedang meratapi kesedihan kehilangan ibu tercinta, Annie alami sakit yang luar biasa di dadanya.

kanser

Apa yang mengejutkan, doktor memaklumkan kepada Annie disahkan menghidap kanser payudara sama seperti ibunya.

Dalam pada itu, disebabkan sudah terbiasa menjaga ibunya yang sakit untuk satu tempoh yang agak lama, Annie terus menjalani kehidupan yang sukar itu.

Meskipun, wanita berbangsa Cina itu tidak dapat menafikan bahawa dirinya pernah berputus asa dan tidak kuat, tambahan apabila dia mula kehilangan rambut.

kanser

Malah, untuk mengatasi masalah itu Annie memakai selendang dan topi tetapi dia berasa sedikit kecewa kerana pilihan yang agak terhad. Sejak daripada itu, Annie mula mendapat idea untuk membuat perubahan.

Pada masa itu, saya memutuskan untuk mencipta barisan topi dan selendang untuk pesakit kanser (jenama Miyaco) dengan tujuan membawa fesyen dan keselesaan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama.

Sementara itu, Annie juga berkata dia mampu mengharungi perjalanan yang sukar ini kerana adanya sokongan suaminya yang sentiasa hadir dalam sesi kimoterapi ataupun rawatan hospital.

kanser

Kini, Annie menyatakan dia sudah bebas penyakit kanser dan menasihat orang ramai mendapatkan rawatan awal serta kekal positif dalam segala ujian yang dihadapi.

BACA: Pelajar Cemerlang 11A SPM, Cikgu Rai Di Rumah Dengan Ibu Terlantar Kanser Tahap 4

Kredit: WeirdKaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas