Connect with us

Oh! Media

Pelajar Cemerlang 11A SPM, Cikgu Rai Di Rumah Dengan Ibu Terlantar Kanser Tahap 4

ibu kanser

Oh! Inspirasi

Pelajar Cemerlang 11A SPM, Cikgu Rai Di Rumah Dengan Ibu Terlantar Kanser Tahap 4

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk tahun 2022 yang diumumkan semalam mencatatkan seramai 10,109 mendapat kesemua A. Fuh memang hebat la calon-calon tahun lepas kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Dalam kegembiraan meraikan kejayaan itu, terselit satu kisah sedih mengenai seorang pelajar yang berasal dari Bachok, Kelantan.

cemerlang

Menerusi video tular di TikTok, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 11A ini tak dapat ke sekolah mengambil keputusan kerana menjaga ibu sakit.

@noorhabibimamat Pelajar cemerlang SM(U) Darul Iman Beris Lalang..mendapat straight A’s dlm keputusan peperiksaan SPM pada hari ini..tidak bersama kawan2 menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yg sakit..kanser tahap 4..ayah sudah meninggal dunia..anak yg cukup baik..menurut guru nya sblm ke sekolah beliau akan memandikan ibu nya terlebih dahulu..saban pagi🥹..dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau..Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti.. #sekadarperkongsianbersama❤❤ #spm2022 ♬ original sound – Noorhabibimamat

Jadi guru-guru yang lain hadir ke rumahnya untuk meraikan keputusan tersebut. Sayu para guru apabila melihat ibunya terlantar di katil kerana sakit kanser tahap 4.

Pelajar cemerlang SM(U) Darul Iman Beris Lalang mendapat straight A’s dalam keputusan peperiksaan SPM pada hari ini.

Tidak bersama kawan-kawan menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yang sakit kanser tahap 4. Ayah sudah meninggal dunia.

Anak yang cukup baik. Menurut gurunya sebelum ke sekolah beliau akan memandikan ibunya terlebih dahulu. Saban pagi.

Menurut guru, setiap hari pelajar ini akan memandikan ibunya dulu sebelum ke sekolah. Bapanya difahamkan sudah meninggal dunia.

Walaupun tak beri sebarang respon, dah tentu ibunya gembira lihat kejayaan anak kan? Semoga adik ni terus berjaya dalam hidupnya.

Kredit: TikTok @noorhabibimamat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas