Connect with us

Oh! Media

Ini Adalah 15 Tips Didik Anak Ikut Cara Dr Sheikh Muszaphar

Oh! Inspirasi

Ini Adalah 15 Tips Didik Anak Ikut Cara Dr Sheikh Muszaphar

Mendidik anak menjadi insan berguna merupakan tanggungjawab yang berat buat ibu bapa. Apatah lagi anak yang masih kecil umpama kain putih dan perlu dicorakkan sendiri oleh orang tua mengikut kaedah yang betul.

ADVERTISEMENT

BACA: Muat Naik Status Whatsapp Sedih, Kasih Adik Ini Bertaut Kembali Dengan Bibik Tercinta

Tetapi bagaimanakah mahu mendidik anak dari peringkat awal? Ha, jom kita ikut perkongsian angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar tentang tips didik anak-anak.

15 tips didik anak dari peringkat awal

anak
  1. Sebut ‘I love you’ pada setiap anak sekurang-kurangnya 10 kali sehari.
  2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti yang berpendidikan.
  3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak pada usian 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu dengan cara yang betul memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.
  4. Yakinkan anak-anak untuk membuat lebih daripada limit mereka agar mereka jadi lebih kuat, tidak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.
  5. Ketatkan peraturan tetapi penuh dengan kasih sayang.
  6. Dedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti seperti matematik, menaiki kuda, aktiviti kebajikan dan lain-lain. Anak akan lebih cepat matang.
  7. Kanak-kanak suka akan rutin, pastikan sentiasa ada rutin di rumah.
  8. Mereka tidak akan penat. Jadi gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi pelbagai aktiviti.
  9. Melutut dan bercakap dengan paras mata (eye level) mereka. Ini akan membuatkan mereka berasa perbualan itu penting.
  10. Jangan gunakan perkataan ‘tidak’. Guna ‘mengapa’ sebaliknya.
  11. Mula mendidik dari kecil! Jadi bila besar, mereka tidak cepat penat, kita juga tidak penat.
  12. Bekalkan kemudahan yang kondusif buat anak-anak belajar. Jangan gaduh di hadapan mereka.
  13. Biarkan mereka belajar bahasa baru, kanak-kanak sangat mudah untuk belajar bahasa baharu.
  14. Kenal pasti tanda-tanda anak-anak stres.
  15. Didikan bermula dari usia 6 tahun, tetapi pembelajaran bermula dari lahir.

Semoga tips ini dapat memanfaatkan semua.

Kredit: Says

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas