Connect with us

Oh! Media

Individu Dedah Siapa Sebenarnya Cikgu Yang Ditumbuk Pelajar

Ohmedia cikgu pelajar tumbuk

Oh! Inspirasi

Individu Dedah Siapa Sebenarnya Cikgu Yang Ditumbuk Pelajar

Cikgu Wan Anwar ditumbuk murid kerana bantu tegur kes ponteng PJ. Beliau hanyalah guru ganti.

Kisah pelajar tingkatan dua yang menumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas Pendidikan Jasmani semakin mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, identiti guru yang menjadi mangsa dikenali sebagai Cikgu Wan Anwar. Menurut satu perkongsian oleh pengguna Facebook, Rah Fird, beliau mendedahkan bahawa adiknya itu hanyalah guru ganti yang sedang menunggu ujian kelayakan untuk menjadi guru tetap.

Ini nama dia Cikgu Wan Anwar. Ini adalah cikgu yang kena tumbuk dengan anak murid dia.

Dia hanya membantu cikgu lain yang sedang dimarahi anak murid, padahal murid tu yang ponteng kelas.- Kongsinya.

Berpengalaman dan berdedikasi dalam pendidikan dan sukan…

Walaupun hanya bertugas sebagai guru ganti, Cikgu Wan Anwar sebenarnya mempunyai latar belakang yang cukup hebat dan berpengalaman dalam bidang Pendidikan Jasmani dan sukan.

IKLAN

Dalam perkongsian itu, abangnya turut memaklumkan bahawa adiknya telah berkhidmat lebih empat tahun sebagai guru ganti dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), atlet boling negeri Johor, bekas wakil SUKMA dan MSSM.- Tulisnya lagi.

Kes diserahkan kepada pihak berkuasa, tetap doakan murid berubah…

Rah Fird menjelaskan bahawa keluarganya telah menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan mengharapkan agar murid tersebut dikenakan hukuman yang sesuai.

Namun, mereka juga tidak menutup ruang untuk memberi peluang kepada pelajar berkenaan untuk berubah.

Murid tersebut masih muda. Masih ada lagi ruang untuk menabur jasa kepada orang lain.- Katanya.

Beliau juga berharap agar pelajar itu mendapat didikan yang sepatutnya serta diberikan keinsafan agar menjadi individu yang berguna buat masyarakat suatu hari nanti.

Pssttt! Dalam dunia pendidikan hari ini, kes seperti ini bukan saja menyedihkan, tetapi juga membimbangkan. Seorang guru yang datang dengan niat untuk mendidik, akhirnya menjadi mangsa kekerasan hanya kerana ingin menegur kesilapan. Hormat kepada guru bukan pilihan, tetapi satu nilai yang wajib dipupuk sejak kecil.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas