Connect with us

Oh! Media

“Ia Cara Saya Berdakwah Di TikTok”, Gadis Berpurdah Tak Kisah Dikecam Netizen

Oh! Inspirasi

“Ia Cara Saya Berdakwah Di TikTok”, Gadis Berpurdah Tak Kisah Dikecam Netizen

Viral di social media tentang Nur Syazwani Mohd Izwan, seorang gadis berpurdah yang menggunakan Instagram dan TikTok sebagai platform untuk berdakwah.

Wani menyatakan yang dia bukan memakai purdah sebab nak ikut trend, sebaliknya dia berniat nak memberi inspirasi kepada gadis lain di luar sana. Tipulah kalau takde yang kecam dekat social media, kan? Tapi Wani tetap positif dan tak peduli tentang hal tersebut sebab ada yang masih menyokongnya.

“Niat saya nak tolong orang. Kalau ada sesiapa nak mesej saya tanya pasal purdah, saya terbuka untuk tolong bila-bila masa. Bagi saya, ia cara saya berdakwah di TikTok. Untuk orang di luar sana yang ada niat nak pakai purdah, jangan fikir kata-kata orang. Saya boleh teruskan sebab saya tak hirau apa orang nak kata.” – katanya.

Biasalah Wani, macam tu lah lumrah hidup. Tapi asalkan keluarga restu, dan kita pun tahu niat kita macam mana, tak perlulah kita nak peduli mulut orang. Sebelum ni pun PU Azman atau Cik Man kena kecam sebab guna TikTok untuk berdakwah. Ada yang cakap banyak lagi medium lain yang Cik Man boleh guna.

Tapi apa kata Cik Man? “Kau yang tentukan niat kau pergi sana”. Yelah, kalau benda baik yang kita cari, itulah yang kita dapat. Kalau tak, bak kata Nabil, lu pikir la sendiri!

Kredit: mStar, Instagram, TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending

ITTIFY

To Top