Oh! Inspirasi
Anak Lelaki Sulung Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran, Aidid Marcello Luah Rasa Syukur
Personaliti TV, Aidid Marcello meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian anak lelaki sulungnya, Muhammad Iman yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Hafaz Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan
Menerusi satu hantaran di TikTok, Aidid berkongsi momen sekitar Majlis Sabak Akhir 30 Juzuk para pelajar di Akademi Al-Quran Amalilah (Akmal).

Difahamkan, anak pasangan Aidid dan Norzi Pak Wan Chek berjaya membuat hafalan dalam tempoh 11 bulan dan 20 hari.
Sebagai ibu bapa, Aidid menganggap itu adalah hadiah yang paling berharga diberikan anak.
Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan di @Akademi Al-Quran AKMAL ini.
Aidid berdoa semoga Iman terus menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaiknya sehingga ke hujung usia.
Jangan lupa daddy dan mummy ya bila kami dah tak ada nanti. Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak.
Aidid menjelaskan tujuannya berkongsi di media sosial mengenai kejayaan Iman bukanlah bermaksud mahu riak. Dia mahu Iman membacanya kembali kelak dan menjadikan ianya peringatan kepada anak cucu.
Dalam masa yang sama, bekas pengacara program Remaja ini mendoakan yang terbaik buat ibu bapa di luar sana dan semoga anak-anak cintakan al-Quran sehingga ke akhir hayat mereka.
Kredit: TikTok Aidid Marcello
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM