Connect with us

Oh! Media

36 Tahun Jadi Guru, Cikgu Dari Kelantan Ini Dedah Tak Pernah Ambil Cuti Sakit

Oh! Inspirasi

36 Tahun Jadi Guru, Cikgu Dari Kelantan Ini Dedah Tak Pernah Ambil Cuti Sakit

Tular baru-baru in mengenai seorang guru lelaki yang dikatakan tidak penah mengambil cuti sakit sepanjang perkhidmatannya selama 36 tahun. Uish, biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA: Kekal Positif Walaupun Kehidupan Gelap Selepas Kemalangan, Wanita Kongsi Perkara Menarik Selepas Buta

Menurut guru tersebut, Mohd Radin Sidek mengatakan dirinya tidak pernah mengambil cuti tersebut berikutan diberi kesihatan yang sangat baik sepanjang perkhidmatannya.

Tak pernah ambil cuti sakit

cuti
Kredit: Harian Metro

Beliau mengatakan bahawa dirinya begitu ambil berat dalam kesihatan bagi memastikan dirinya sentiasa sihat bagi hadir ke sekolah setiap hari.

Jika berasa sakit kepala atau selesema, saya akan terus mengambil ubat terutama panadol bagi meredakan kesakitan itu. Alhamdulillah sebaik makan ubat, sakit kepala atau selesema itu akan hilang sekali gus membolehkan saya meneruskan tugas untuk mendidik anak bangsa.

Tambahan, guru Seni Visual itu juga memaklumkan dirinya tidak mahu mengambil cuti sakit kerana boleh menjejaskan pelajaran pelajarnya dan takut silibus tidak sempat dihabiskan.

Radin telah mendapat anugerah pengiktirafan khas daripada Pengetua SMK Sri Gunung pada 2018 atas dedikasi beliau untuk sentiasa hadir ke sekolah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas