Connect with us

Oh! Media

Kekal Positif Walaupun Kehidupan Gelap Selepas Kemalangan, Wanita Kongsi Perkara Menarik Selepas Buta

wanita buta

Oh! Inspirasi

Kekal Positif Walaupun Kehidupan Gelap Selepas Kemalangan, Wanita Kongsi Perkara Menarik Selepas Buta

Seorang wanita mengalami kemalangan teruk yang mengakibatkan retak di bahagian tempurung kepala sehingga hilang deria penglihatan atau buta selamanya.

ADVERTISEMENT

Wanita yang dikenali sebagai Mashy tabah berkongsi tentang diri dan kehidupannya selepas kemalangan kira-kira dua bulan lalu.

Meskipun, ditarik nikmat melihat Mashy masih kekal positif dengan nasib yang ditimpanya dan menceritakan pengalaman menarik menjadi orang buta.

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok miliknya, ramai warganet terkesan dengan perkongsiannya yang menyayat hati dan juga memberikan inspirasi kerana dia dilihat begitu positif menerima ketentuan takdir dengan meneruskan kehidupan baharunya.

Yang paling besar sekali berlaku selepas kemalangan adalah saya hilang deria penglihatan. Bahasa lembutnya saya tidak lagi boleh melihat, bahasa kasarnya Alhamdulillah saya telah direzekikan merasai pengalaman menjadi seorang orang kelainan upaya (OKU), buta.

Apa yang boleh saya kongsikan, menariknya menjadi seorang buta adalah saya tidak lagi takut gelap. Kalau dulu nak masuk bilik gelap saya akan hulur tangan buka lampu dulu baru berani masuk. Sekarang saya masuk dulu walaupun tak buka lampu. Itu antara perkara best jadi orang buta. Saya dah tak takut gelap.

Menjadi seorang yang tidak mempunyai deria penglihatan ini, menjadikan deria yang lain lebih sensitif. Kalau ada yang mengumpat beberapa batu, masih boleh mendengar. Hidung masih belum ada deria bau disebabkan kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan implan. Pecah hari tu masa kemalangan,” katanya ceria.

Dalam video perkongsian yang berdurasi 8 minit itu, Mashy kini sedang membiasakan diri dengan menulis catatan diari dalam keadaan ‘gelap’. Biarpun diberi ujian besar untuk dia tempuhi, wanita ini kekal berfikiran positif dengan bersangka baik terhadap Allah.

Bila kita tak nampak kita kurang menilai orang. Saya bertanya kepada Allah, ‘adakah kerana ujian penglihatan ini adalah untuk saya masuk syurga, kalau ya saya reda’.

Tapi saya rasa seronok apabila saya tidak merasakan pantasnya waktu berlalu. Saya tak tahu siang atau malam.

Walaupun dirinya reda menerima ketentuan ilahi, Mashy turut meluahkan rasa sedih apabila hilang deria penglihatan yang menyebabkan dia tidak dapat lagi melihat wajah suaminya dan insan tersayang.

Apa yang saya paling rindui bila saya dah tak dapat melihat lagi adalah saya paling rindu nak tengok wajah suami saya. Sebab setiap pagi sebelum ini… saya buka mata dan saya mencari-cari muka suami saya tapi sekarang tak ada peluang itu lagi untuk tengok.

Apa yang saya paling rindui bila saya dah tak dapat melihat lagi adalah saya paling rindu nak tengok wajah suami saya. Sebab setiap pagi sebelum ini… saya buka mata dan saya mencari-cari muka suami saya tapi sekarang tak ada peluang itu lagi untuk tengok.

Saya juga rindu nak tengok muka mak, saya rindu nak tengok muka team saya, saya rindu nak menatap mata mereka. Saya juga rindu nak tengok hasil kerja saya dan kreativiti saya dalam pemasaran digital. Saya rindu nak tengok hasil kerja sejak empat tahun lepas apabila dihantar, saya orang pertama yang akan melihat dan memberi respon.

Kekuatannya menceritakan pengalaman kehidupan baharu dengan penuh senyuman dan tidak mengalirkan air mata telah memberi inspirasi serta manfaat bagi warga maya yang menonton video itu.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti saya dan banyak ambil tahu fasal saya sebelum ni. Saya dalam keadaan baik dan tak sabar nak bangkit semula. Healing process takes time.

Pesanan saya kepada semua, jangan rasa cabaran yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah sebuah noktah. Pada saya ia adalah satu permulaan baharu.

Saya berjanji, walaupun deria penglihatan dah berkurang namun itu tidak akan mengurangkan manfaat yang saya akan berikan kepada orang lain.

@n.mashyaircond

Masih ada beberapa rakan tertanya-tanya keadaan aku sekarang ? nak lagi best? ada yang tertinggal kereta api tak tahu hujung pangkal apa yang berlaku, yang menyebabkan aku join kelab Orang Kelainan Upaya. so here’s my story Mashy Usahanita Aircond Kebangsaan

♬ original sound – N.Mashy

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas