Oh! Negara
Zahid Hamidi Mohon Dilepas Dan Dibebas Terus Dari 47 Pertuduhan
Ahmad Zahid fail permohonan dibebas semua 47 pertuduhan susulan keputusan NFA oleh Peguam Negara.
Selepas lebih dua tahun dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini mengambil langkah seterusnya. Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan permohonan untuk dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Permohonan ini difailkan pada 28 Januari lalu dan dinamakan terhadap Pendakwa Raya, susulan keputusan Peguam Negara pada 8 Januari yang mengklasifikasikan kes itu sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ atau NFA.
Peguam Zahid Hamidi berpendapat tidak adil

Peguam bela Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan permohonan itu difail bersama sijil perakuan segera. Permohonan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 30 Januari lalu.
Jadi tak adil untuk seseorang itu, jika pertuduhan sentiasa tergantung atas kepala beliau. Beliau perlu mencari kebenaran.- Katanya.
Hakim Nurulhuda Nur’Ain Mohamad Nor menetapkan tarikh 24 Februari ini untuk mendengar permohonan tersebut.
Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad, turut mengesahkan permohonan telah diterima pihaknya pada 30 Januari. Mahkamah juga telah arahkan agar afidavit jawapan difailkan selewat-lewatnya 13 Februari ini.
Disebabkan permohonan baru diterima pada Jumaat sebelumnya, pihak pendakwaan mohon pendengaran ditangguhkan dan hakim bersetuju.
47 pertuduhan Zahid Hamidi meliputi pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang

Kesemua tuduhan melibatkan penggunaan dana Yayasan Akalbudi, antaranya bagi kad kredit peribadi, bayaran insurans, lesen, dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak PDRM.
Beliau juga dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat berkaitan projek MyEG, cip pasport dan pengendalian visa pekerja migran. Baki 27 pertuduhan pula melibatkan transaksi hasil aktiviti haram antara tahun 2016 hingga 2018.
Pssttt! Ohmedia nasihatkan korang supaya sentiasa peka dengan perkembangan kes besar negara. Isu perundangan macam ni penting untuk rakyat faham kerana ia melibatkan soal keadilan dan ketelusan dalam sistem kehakiman kita.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM