Connect with us

Oh! Media

Gagal Hadir Mahkamah, Dr Fie Berharap Nubhan Masih Pegang Janji Demi Anak-Anak

Ohmedia dr Fie

Oh! Artis

Gagal Hadir Mahkamah, Dr Fie Berharap Nubhan Masih Pegang Janji Demi Anak-Anak

Nubhan tidak hadir di mahkamah atas tuntutan harta sepencarian.

Pergolakan antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie, terus mendapat perhatian apabila Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan penyanyi itu untuk memasukkan pembelaan dalam kes tuntutan harta sepencarian.

Ini susulan kegagalan proses sulh yang dijadualkan 8 Januari lalu, selepas Nubhan tidak hadir ke mahkamah.

Nubhan sekali lagi tak hadir mahkamah

Nubhan

Terbaru, Harian Metro melaporkan pada prosiding terbaru pun Nubhan sekali lagi tidak kelihatan dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Redzuan Ramli.

IKLAN

Manakala Dr Fie hadir bersama peguamnya termasuk Datuk Akberdin Abdul Kadir serta kedua ibu bapanya.

Mahkamah kini menetapkan sebelum 24 Februari untuk defendan memasukkan pembelaan, manakala 11 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Dr Fie berharap Nubhan masih pegang janji demi anak-anak

Ohmedia dr fie nubhan

Dalam kenyataannya, Dr Fie berharap Nubhan kekal berpegang pada kata-katanya untuk terus berkawan demi kebajikan anak-anak mereka.

Saya harap dia boleh hadirlah pada waktu-waktu yang penting… dia boleh berkawan dengan saya demi anak-anak. Saya harap dia masih berpegang pada ayat itu.

Tambah beliau, walaupun sudah berpindah dan memulakan hidup baharu, dia tetap komited memperjuangkan hak anak-anak.

Pssttt! Diharapkan kedua-dua pihak dapat berkompromi dan utamakan anak-anak dalam menyelesaikan kemelut ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas