Oh! Negara
Rumah Isteri Kedua Bekas Pegawai Tertinggi Tentera Digeledah, Jumpa 23 Jam Rolex
SPRM sita jam Rolex, jongkong emas dan barangan mewah milik isteri bekas pegawai tertinggi tentera.
Susulan siasatan kes perolehan Tentera Darat Malaysia, SPRM kini temui barangan mewah milik isteri kedua bekas pegawai tertinggi Tentera Darat yang dianggarkan bernilai lebih RM2.2 juta.
Semua barangan tersebut ditemui hasil penggeledahan yang dijalankan di sebuah kediaman mewah di Pantai Timur. Dalam operasi tersebut, SPRM berjaya menyita jam tangan mewah, jongkong emas serta barangan kemas lain.
SPRM temui dua bagasi penuh jam tangan mewah

Sumber SPRM memaklumkan, dua buah bagasi yang ditemui di lokasi serbuan disyaki digunakan untuk menyimpan barangan mewah.
Hasil pemeriksaan menemui 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta.- Katanya.
Selain itu, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik individu yang dipercayai bersubahat dalam kes ini.
SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000.- Katanya lagi.
Sitaan berkait kes projek tender Tentera Darat

Menurut laporan sebelum ini, SPRM turut menyita pelbagai barangan mewah lain termasuk kenderaan jenis SVR dan wang tunai pelbagai mata wang asing yang keseluruhannya mencecah RM6.9 juta.
Kenderaan SVR berkenaan ditemui di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang dan disyaki ditinggalkan untuk dibaiki.
Siasatan turut menemukan tiga jongkong emas tulen seberat satu kilogram setiap satu yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.8 juta.
Turut disita sembilan keping emas yang setiap satunya seberat 100 gram (g) yang nilai semasanya adalah lebih setengah juta ringgit (lebih RM500,000) di samping SVR dianggarkan bernilai RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai.- Katanya.
MINDEF juga disiasat sejak hujung tahun lalu
Untuk rekod, SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 23 Disember tahun lalu untuk menyiasat beberapa projek yang dikendalikan menerusi tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Pssttt! Ohmedia harap korang ambil iktibar daripada kes ni. Duit dan kuasa memang menggiurkan, tapi kalau tak bersih, lambat laun terbongkar juga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM