Oh! Negara
Panglima ATM Umum ‘Total Clean-Up’ Dalam Angkatan Tentera Malaysia
Jeneral Malek Razak umum pembersihan menyeluruh dalam ATM demi pulih kepercayaan rakyat.
Baru je mula tugas rasmi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dah beri isyarat jelas. Beliau umumkan langkah berani untuk buat total clean-up dalam organisasi ATM.
Langkah ini diambil lepas pelbagai isu hangat dan kontroversi yang timbul kebelakangan ni, terutama melibatkan bab tatakelola dan integriti. Katanya, sudah tiba masa untuk bersihkan semula nama baik ATM.
Kes rasuah dan pecah amanah dalam ATM jadi peringatan penting

Menurut Jeneral Malek, segala yang berlaku ni perlu dijadikan peringatan serius untuk semua dalam kepimpinan dan pengurusan ATM.
Kita akur dengan keprihatinan dan kerisauan rakyat yang juga merupakan pemegang taruh besar kepada keselamatan negara ini.
Apa yang telah berlaku itu adalah sebagai satu peringatan kepada pengurusan di dalam Angkatan Tentera ini terutama yang melibatkan tatakelola, integriti, perolehan, pembangunan dan juga pengurusan kewangan.- Katanya.
Beliau menyatakan perkara ini ketika hadir sidang akhbar sempena hari pertama beliau bertugas di Kementerian Pertahanan.
Tindakan pantas Panglima ATM sudah dimulakan

Dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, kementerian katanya telah pun ambil tindakan awal untuk tangani isu-isu berkaitan.
Jadi apa yang telah berlaku itu telah diambil tindakan dalam tempoh sebulan yang lalu oleh kementerian dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan kerana telah menggariskan dalam amanat beliau bagi tahun 2026 perkara penting, strategik dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk menangani isu-isu yang berlaku ini.- Katanya.
Langkah awal ni jadi asas kepada strategi yang lebih besar untuk perbaiki sistem dalam ATM. Jeneral Malek juga tekankan, kepimpinan ATM tak akan duduk diam. Mereka akan terus betulkan segala kelemahan yang dikenal pasti dan bekerjasama secara telus dengan semua agensi kerajaan.
Akan umum hala tuju strategik ATM

Selain tindakan segera, Jeneral Malek turut maklumkan satu amanat khas akan diumumkan tak lama lagi. Ia akan terangkan secara terperinci pelan tindakan, langkah strategik, dan hala tuju ATM sebagai institusi pertahanan utama negara.
Beliau juga anggap cabaran sekarang ni sebagai ruang untuk muhasabah dan bangkit semula dengan lebih kuat.
Pssttt! Ohmedia puji ketegasan dan ketelusan yang ditunjukkan Jeneral Malek ni. Korang pun sama, kalau ada masalah atau kelemahan dalam kerja, jangan lari. Hadap je dengan berani dan perbaiki satu-satu. Baru lah orang respek!
Kredit: Berita RTM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM