Connect with us

Oh! Media

Pegawai Kanan ATM Direman, Didakwa Terima Rasuah RM150,000 Dari Lima Syarikat

Ohmedia pegawai Atm

Trending

Pegawai Kanan ATM Direman, Didakwa Terima Rasuah RM150,000 Dari Lima Syarikat

Pegawai kanan ATM direman enam hari selepas disyaki terima rasuah RM150,000 daripada lima syarikat bagi kerja perbekalan di sebuah kem di Melaka.

Seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkaitan kerja-kerja perbekalan bahan mentah bagi selenggaraan stor di sebuah kem di negeri itu, dua tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Perintah reman selama enam hari sehingga 2 Februari depan dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, selepas permohonan dibuat SPRM mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Ditahan Ketika Hadir Beri Keterangan

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 12.15 tengah hari, semalam.

IKLAN

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bertugas sebagai pegawai pemerintah di kem berkenaan ketika kejadian dan disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah tersebut sekitar tahun 2024.

Dia dipercayai sudah menerima wang rasuah secara tunai daripada lima syarikat yang memperoleh kerja-kerja pembekalan itu.

Disiasat mengikut Akta SPRM 2009

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Pssttt! Amanah dan integriti bukan sekadar slogan, tetapi tanggungjawab besar. Setiap kuasa yang diberi perlu dipikul dengan jujur kerana satu kesilapan boleh mencalar kepercayaan ramai.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas