Connect with us

Oh! Media

tuan ibrahim

Oh! Negara

Jarang Dilakukan Pemimpin Negara! Tuan Ibrahim Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB

Sejak semalam tersebar video menunjukkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air berucap di sidang antarabangsa. Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) itu diadakan di Glasgow, Scotland.

Apa yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia adalah apabila Tuan Ibrahim berucap dalam bahasa Melayu di hadapan menteri dari seluruh dunia.

IKLAN

Amat jarang sekali untuk kita melihat pemimpin dari Malaysia menggunakan bahasa Melayu ketika berucap di pentas antarabangsa. Hanya ada beberapa negara sahaja yang akan menggunakan bahasa ibunda mereka seperti Japan, Rusia dan China.

Disebabkan itu, ini ada satu perkara yang boleh dibanggakan. Mungkin akan ada pihak yang akan mendakwa Tuan Ibrahim tidak pandai berbahasa Inggeri. Bagi kami itu bukanlah isunya, kerana setiap persidangan global akan ada penterjemah bahasa.

Tuan Ibrahim menyampaikan ucapan selama tiga minit dengan penampilan segak dan berkopiah hitam. Kemunculan Tuan Ibrahim di COP26 ini sekaligus membidas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan beliau tidak hadir ke acara berkenaan.

Kredit: Facebook Kementerian Alam Sekitar dan Air

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas