Connect with us

Oh! Media

passport

Trending

Staf UTC Didakwa Tak Benarkan Ibu ‘Renew’ Passport Gara-Gara Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu

Kecoh diperdebatkan di media sosial apabila seorang lelaki berbangsa Cina mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk ‘renew’ pasport gara-gara tidak fasih bercakap bahasa Melayu.

BACA: Kurang Guna Bahasa Melayu, PM Tegur Agensi Kerajaan, GLC Dan Swasta Dalam Majlis Perasmian

IKLAN

Staf yang berada di kaunter UTC Komtar Pulau Pinang didakwa tetap berkeras enggan memperbaharui passport ibunya, malah menyuruh dia untuk kembali pada esok hari agar dapat ditemuduga oleh pihak atasan lain.

Lelaki tersebut mendakwa ibunya tidak bersekolah menyebabkan dia hanya mampu bertutur bahasa Melayu dengan terhad. Namun, penjelasan yang diberikan tidak diterima staf bertugas.

Menurut lelaki berbangsa Cina itu juga, orang awam lain yang turut ada di tempat kejadian tidak bersetuju dengan tindakan kakitangan tersebut.

Kredit: X TVPertiwi_MY

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas