Connect with us

Oh! Media

“Bahasa Melayu Awak Sangat Merimaskan” – Maryam Dikutuk Cakap BM Slang Korea

Maryam korea ohmedia

Oh! Artis

“Bahasa Melayu Awak Sangat Merimaskan” – Maryam Dikutuk Cakap BM Slang Korea

Maryam You Narae, isteri kepada influencer, Ryzal Ibrahim sering dikecam netizen hanya kerana berusaha menggunakan Bahasa Melayu walaupun berasal dari Korea Selatan.

Individu terbabit mendakwa rimas mendengar Bahasa Melayu yang digunakannya kerana masih mempunyai slang Korea.

Sedihnya, saya setuju Bahasa Melayu awak tak jelas dan sangat merimaskan untuk didengar. – Kata seorang netizen.

Image 50

Sikap segelintir individu ini didedahkan sendiri oleh Maryam dalam perkongsian terbaru Instagram yang turut dilabel sebagai annoying dan diminta menggunakan bahasa Inggeris sahaja.

IKLAN

Dalam hantaran itu, Maryam turut menjawab mengapa dia lebih gemar menggunakan Bahasa Melayu walaupun tidak pernah mengambil kelas bahasa.

“Kalau taknak dengar silakan BERAMBUS.” – Maryam

Saya suka belajar BM secara semula jadi. Itu sangat seronok dan senang ingat. Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata dia tidak kesah dengan apa yang dikatakan oleh orang lain dan akan tetap menggunakan bahasa Melayu.

Bagi kami di Ohmedia, kalau tidak ada benda baik nak dikata, usahlah berbuat apa-apa. Benda yang baik, sama-sama kita bantu untuk jadi lebih baik. Semoga Maryam terus bersemangat belajar BM ok…

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas