Connect with us

Oh! Media

Dr. Zulkifli Seru Patuh Garis Panduan Pemiikan Tanah Kuil Hindu Kebangsaan

Oh! Negara

Dr. Zulkifli Seru Patuh Garis Panduan Pemiikan Tanah Kuil Hindu Kebangsaan

Isu keberadaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang didakwa dibina di atas tanah milik Jakel terus mencuri perhatian ramai. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil mengulas isu ini dengan menekankan kepentingan patuh kepada garis panduan rasmi.

Menurutnya, setiap rumah ibadat Hindu perlu mengikut Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Malaysia Hindu Sangam. Ini termasuklah aspek pemilihan tapak yang sah.

IKLAN

Dalam dokumen itu jelas menegaskan kuil mesti dibina atas tanah milik sendiri kuil atau Jawatankuasa Pengurusan Kuil (JPK). Elakkan tanah yang disewa, dipajak, tanah rizab dan tanah dihuni tanpa kebenaran pemilik.- Kongsinya.

Semua agama ada rujukan, tiada dua piawaian…

Tambah beliau lagi, prinsip yang sama harus diterapkan untuk semua rumah ibadat tanpa mengira agama.

Perlu diingat, dalam sejarah negara ini, banyak masjid dan surau juga pernah dipindahkan atas pelbagai faktor seperti perancangan bandar dan melangkaui tanah sudah ada pemiliknya yang sah.

Umat Islam menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Maka prinsip yang sama harus diterapkan dalam semua keadaan. Tidak boleh ada dua piawaian dalam menangani isu rumah ibadat.- Jelasnya lagi.

Hal ini penting untuk mengelakkan sebarang ketegangan atau salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Hormat garis panduan agama masing-masing…

Dr. Zulkifli turut menyarankan agar setiap kelompok masyarakat merujuk kepada badan tertinggi agama masing-masing sebelum melakukan tindakan berkaitan rumah ibadat.

Katanya, seperti umat Islam merujuk kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri, penganut Hindu pula seharusnya merujuk kepada Hindu Sangam.

Untuk makluman, tanah di Jalan Masjid India yang menjadi lokasi Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman sebelum ini telah diwakafkan oleh pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad bagi tujuan pembinaan masjid baharu demi keperluan komuniti setempat.

Namun, penyokong kuil terbabit mencadangkan agar masjid dibina di lokasi lain sebagai alternatif, berbanding memindahkan kuil yang didakwa telah berusia lebih 130 tahun itu.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Dr. Zulkifli


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas