Oh! Negara
Dr. Malik Menangis Dipeluk Sultan, Terima Pengampunan Selepas 24 Tahun Dipenjara
Momen sebak Dr. Malik menangis dalam pelukan Sultan Selangor selepas diberi pengampunan penuh
Bayangkan dah 24 tahun terpisah dari dunia luar, tiba-tiba diberi peluang kedua dan dipeluk oleh sultan. Itulah yang berlaku kepada Dr. Malik Yatam, bekas banduan yang pernah jalani hukuman sejak umur 14 tahun, dan hari ini, dia akhirnya menghadap DYMM Sultan Selangor sambil menangis dalam pelukan Tuanku.
Pertemuan penuh emosi ni jadi detik bersejarah bukan sahaja untuk Dr. Malik, tapi juga buat rakyat yang mengikuti kisahnya sejak diberi pengampunan penuh pada Disember 2024.
Dr. Malik jalani hukuman sejak usia remaja

Dr. Malik mula jalani hukuman pada tahun 2001 ketika baru berusia 14 tahun. Dia dikenakan Tahanan Limpah Sultan (LTS), satu hukuman tanpa tarikh pembebasan, tapi tak dijatuhi hukuman mati kerana masih bawah umur ketika kesalahan dilakukan.
Selepas 24 tahun di penjara, beliau akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024 selepas diberi pengampunan penuh oleh DYMM Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda.
Dr. Malik dapat Ph.D dalam penjara


Apa yang buat ramai kagum, Dr. Malik tak sia-siakan hidup dalam penjara. Dia gigih sambung belajar dan akhirnya berjaya dapat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang pentadbiran perniagaan semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Pada usia 39 tahun, dia kini melangkah keluar bukan sekadar sebagai bekas banduan, tapi sebagai seorang yang berilmu dan bersemangat untuk mulakan hidup baru.
Pertemuan Dr. Malik dengan Sultan Selangor berlangsung hampir sejam dalam suasana hening dan penuh sebak. Ini merupakan kali pertama seorang bekas banduan yang diampunkan secara penuh menghadap Baginda.
Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan Baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.- Katanya.
Tuanku beri nasihat agar terus bangkit


DYMM Sultan Selangor turut bertanya khabar tentang kehidupan Dr. Malik selepas keluar dari penjara serta perancangan masa depannya.
Baginda menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup.- Katanya.
Baginda berkenan memberi pengampunan selepas mempertimbangkan semua faktor yang dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.
Pssttt! Ohmedia rasa kisah ni cukup kuat untuk ajar kita tentang erti peluang kedua. Bila orang betul-betul berubah dan bangkit, tak mustahil kisah hidup dia jadi inspirasi buat semua. Jangan mudah hukum masa silam orang, sebab kadang-kadang yang pernah jatuh tu lah yang paling kuat untuk bangkit semula
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM