Connect with us

Oh! Media

Lebih 13,000 Banduan Nepal Berjaya Lepaskan Diri

Ohmedia banduan nepal

Oh! Tidak

Lebih 13,000 Banduan Nepal Berjaya Lepaskan Diri

Ribuan banduan Nepal masih bebas selepas rusuhan berdarah tumbangkan kerajaan.

Kalau korang ingat cerita filem aksi yang penuh babak penjara kena serang, kali ni benda tu betul-betul jadi dekat Nepal. Selepas protes besar-besaran yang menggulingkan kerajaan, ribuan banduan ambil peluang lari beramai-ramai dari penjara.

Insiden ni berlaku masa protes paling ganas dalam tempoh beberapa dekad. Polis Nepal sahkan lebih 13,500 tahanan berjaya larikan diri dari penjara seluruh negara ketika rusuhan meletus.

Setakat kemas kini terbaru, lebih 12,500 orang banduan masih dalam pelarian, manakala ratusan sahaja dah berjaya ditangkap semula.

IKLAN

Tentera tembak, banduan terkorban…

Tentera Nepal dalam kenyataan berkata mereka dah berjaya tangkap semula 192 banduan yang lari dari penjara di Rajbiraj, tenggara negara itu.

Tapi bukan semua operasi berjalan lancar. Di penjara Ramechhap, berlaku pertempuran antara banduan dengan tentera, sampai pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan. Akibatnya, 12 banduan cedera dan dua lagi terbunuh.

India turut bantu kawal sempadan…

Disebabkan sempadan Nepal dan India agak luas dan mudah dibolosi, ramai banduan cuba melarikan diri ke negeri jiran seperti Bihar, Uttar Pradesh dan Benggala Barat.

Pasukan sempadan India pula dilaporkan berjaya menahan dan menyerahkan semula sekurang-kurangnya 60 banduan kepada pihak berkuasa Nepal.

Bukan setakat penjara je yang jadi sasaran, malah bangunan kerajaan, pejabat presiden, bangunan komersial dan sebuah hotel Hilton juga dibakar dalam rusuhan ni.

Lebih mengejutkan, hampir 100 senjata yang sempat dirampas penunjuk perasaan juga ditemui semula. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 19 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh dalam tindakan keras pihak berkuasa.

Pssttt! Bila tengok situasi macam ni, korang boleh bayangkan betapa bahayanya bila keamanan runtuh. Bukan saja nyawa terancam, tapi keselamatan negara pun boleh hancur dalam sekelip mata. Jadi Ohmedia nak ingatkan, kita patut hargai keamanan dan jangan sesekali ambil mudah dengan keamanan yang kita nikmati sekarang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas