Connect with us

Oh! Media

“Beritahu Saya Negara Mana Yang Buat?” – Tan Sri Annuar Musa Tak Setuju Gaji Menteri Dipotong Tangani Inflasi

Tansriannuarmusa

Oh! Negara

“Beritahu Saya Negara Mana Yang Buat?” – Tan Sri Annuar Musa Tak Setuju Gaji Menteri Dipotong Tangani Inflasi

Krisis harga barangan naik dan kadar inflasi yang dilihat semakin meningkat menyebabkan beban rakyat di negara ini semakin tinggi dari hari ke hari.

BACA: “Cadangan Potong Gaji Menteri Tak Bantu Selesaikan Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat” – Datuk Seri Mahdzir Khalid

Justeru itu, ramai yang menyarankan agar gaji barisan menteri di Malaysia dipotong bagi menangani masalah peningkatan inflasi ini.

IKLAN

Jangan main politik

Namun, solusi itu sama sekali tidak dipersetujui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang dilihatnya sebagai satu cara yang tidak relevan.

Menerusi video dimuat naik Malaysiakini di Facebook, Tan Sri Annuar Musa berpendapat bahawa tiada negara yang berjaya mengawal inflasi dengan melakukan pemotongan gaji barisan menteri.

Bolehkah anda menamakan satu negara yang turunkan inflasi dengan
potong gaji (menteri)?

Kedua, katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan
36 (jumlah menteri kabinet), berapa yang akan anda dapat?

Bolehkah anda memberi jaminan kepada saya inflasi akan selesai dengan cara
ini? Harga barang tak akan naik? Tolong jangan main politik.

Takut gaji kena potong lah tu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong sekiranya tindakan memotong gaji menteri dilaksanakan bagi meringankan kos yang ditanggung negara.

Screenshot 2022 07 27 at 154407 1
Screenshot 2022 07 27 at 154415
Screenshot 2022 07 27 at 154439
Screenshot 2022 07 27 at 154449

Korang rasa patut ke tak patut gaji menteri dipotong? Apa pandangan korang?

Kredit: Facebook Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas