Oh! Negara
Mahkamah Benarkan Rayuan Najib Selepas Keputusan Majoriti 2-1 Berpihak Pada Bekas PM Itu
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
Dilaporkan Dokumen itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lalu membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.
Keputusan 2-1 dari mahkamah rayuan

Keputusan rayuan itu diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Keputusan majoriti 2-1 sebentar tadi membuatkan Datuk Seri Mohd Firuz menyatakan mahkamah tidak boleh mengabaikan fakta serta bukti yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Mahkamah tetapkan tarikh perbicaraan minggu depan

Mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes di Mahkamah Tinggi pada 13 Januari 2025 ini di hadapan hakim berbeza.
#OhmediaNasihat
Sebagai rakyat, kita perlu menghormati proses undang-undang dan memberi ruang kepada hakim untuk membuat keputusan.
Keputusan hari ini menunjukkan betapa pentingnya proses semakan kehakiman bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM