Connect with us

Oh! Media

Oh! Negara

Surat Dari Majlis Kesultanan Pahang Sahkan Titah Adendum Untuk Najib Jalani Hukuman Di Rumah

Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak,Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mendedahkan satu dokumen penting daripada Majlis Kesultanan Pahang. Dokumen itu mengesahkan bahawa wujudnya Titah Adendum yang membenarkan Najib Razak menjalani hukuman penjara dalam tahanan rumah.

Menurut peguam itu, surat yang bertarikh 4 Januari itu dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

IKLAN

Titah Adendum Sultan Pahang

Najib

Dalam Dokumen itu menunjukkan bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong ke-16, telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah. Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024.

Surat itu turut memperakui bahawa Titah Adendum adalah wujud dan sahih, seperti yang disahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja.

Bukti tambahan dari peguam

Najib

Tan Sri Muhammad Shafee juga telah mengemukakan dokumen itu sebagai sebahagian daripada usaha rayuan semakan kehakiman bagi memasukkan bukti tambahan.

Perkara ini dilakukan bagi menyokong permohonan Najib untuk mempertimbangkan semula hukuman penjara yang sedang dijalaninya.

#OhmediaNasihat

Dari sini kira dapat melihat bagaimana dokumen rasmi memainkan peranan penting dalam proses perundangan. Sebagai rakyat, penting untuk menghormati institusi kehakiman dan menilai situasi dengan bijak tanpa spekulasi.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas