Connect with us

Oh! Media

“Zaman Sekolah Dah Berubah”- Anak Menangis Taknak Balik Rumah, Nak Duduk Sekolah Buat Netizen Terhibur

sekolah

Oh! Lifestyle

“Zaman Sekolah Dah Berubah”- Anak Menangis Taknak Balik Rumah, Nak Duduk Sekolah Buat Netizen Terhibur

Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna memaparkan anak perempuannya yang menangis kerana enggan pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.

ADVERTISEMENT

Menerusi video tersebut, anak perempuannya itu dilihat merajuk sambil menyilang tangan selepas disuruh masuk ke dalam kereta oleh ayahnya untuk pulang ke rumah.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 749.1K tontonan, 53.1K tanda suka, dan 3.4K komen di laman TikTok.

Biasa orang pergi sekolah je menangis, ni balik sekolah menangis tak nak balik, ni lah budaknya..

Malah, anak perempuannya yang sudah masuk ke dalam kereta itu turut dilihat turun semula kerana mahu kembali ke sekolah pada awal video tersebut.

@kiwaktollah

Zaman skola dah berubah

♬ bunyi asal – Penamenari

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagar kanak-kanak perempuan itu dan tidak tahan dengan kecomelannya.

Melawan hukum persekolahan ni – Netizen.

Sebab dah lama berkurung kat rumah anak-anak jadi excited bila dapat sekolah. – Tulis seorang pengguna TikTok.

Suka tengok telatah adik ni kan? Kalaulah atok nenek kita dulu-dulu pun dapat rakam kenangan macam ni, mesti banyak lagi perangai comel macam ni kita dapat tengok.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas