Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Kongsi Petua Makan Bawang Putih Bakar, Boleh Rawat Sakit Kaki?

makan bawang putih

Oh! Lifestyle

Wanita Ini Kongsi Petua Makan Bawang Putih Bakar, Boleh Rawat Sakit Kaki?

Siapa yang suka makan bawang putih mesti tahu khasiatnya bila kita praktikkan makan bawang putih ni hari-hari kan?

ADVERTISEMENT

Siapa sangka, makan bawang putih ni mampu memberi pelbagai khasiat buat tubuh badan kita! Korang yang dah selalu makan mesti tahu kesan yang terjadi pada badan kan? Rasa lebih sihat dan cergas! Betul tak?

Bagi mereka yang tak tahu apa kelebihan bawang putih ni, jom kita tengok penjelasan dari seorang wanita yang bernama Siti Raudzah, yang mengamalkan makan bawang putih bakar, dan apa keajaiban yang berlaku pada dirinya!

Makan setiap pagi, kaki dah tak sakit

Dah 3 hari saya amalkan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hadapi dah okay sekarang. Kalau tak, sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan slow dulu baru okay.

Tapi sekarang bangun je, terus boleh jalan laju! Petua ni ada seorang kakak bagitahu saya, Dah dekat setahun dia amalkan, badannya saya tengok cantik, perut pun kempis je. – Siti Raudzah

Menurut Raudzah, bawang putih ini banyak kebaikannya untuk seluruh badan. Ada juga yang mengatakan bawang putih dapat mencegah sel-sel kanser dan pelbagai lagi manfaatnya. Segala angin yang ada dalam badan pun dapat diatasi dengan bawang putih! Best kan?

Korang nak tahu cara bakar bawang putih ni? Jom baca!

Cara bakar bawang putih

Korang hanya perlukan 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulitnya sekali dalam 3 minit. Buka api kecil je okay, takut kalau besar nanti terus hangus pula.

Kalau nak senang, korang boleh cucukkan bawang putih tu dekat lidi macam dalam gambar ni. Dah bakar, korang boleh terus makan isinya!

Boleh makan hari-hari untuk kesihatan tubuh badan kita. Tapi ingat, bila nak makan tu mesti berpada-pada, jangan makan banyak sangat pula, boleh bawa kepada kemudaratan nanti! Selamat mencuba!

makan bawang putih

Kredit: Keluarga

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas