Connect with us

Oh! Media

Tidak Mencuci Luka Dengan Betul Undang Jangkitan Kuman Berbahaya? Ketahui Cara Betul Merawat Luka

Branded

Tidak Mencuci Luka Dengan Betul Undang Jangkitan Kuman Berbahaya? Ketahui Cara Betul Merawat Luka

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, kita selalu keluar main dengan kawan-kawan waktu petang. Kadang-kadang bila main kasar sangat balik rumah mesti terluka atau berdarah.

Selalunya mak dulu-dulu hanya akan suruh cuci luka dan biarkan luka tu kering sendiri. Kemudian bila luka dah kering, mulalah nak kopek sampailah luka jadi kering dan meninggalkan kesan.

Sebenarnya ramai yang tak tau cara mencuci dan merawat luka yang betul dan mengakibatkan munculnya kesan parut. Haa, ni Oh! Media nak share sikit cara yang betul untuk cuci dan rawat luka dengan menggunakan Hansaplast. Senang je!

Cara Cuci Luka Yang Betul Dengan Hansaplast

Kita dibesarkan mencuci luka mengikut cara tradisional seperti cuci dan biarkan luka baik sendiri atau sapu ubat gigi di atas luka supaya ia cepat kering. Tapi, cara inilah yang sebenarnya membuatkan luka lambat sembuh dan meninggalkan kesan parut. 

Bukan itu sahaja, kalau kita tak cuci luka dengan cara yang betul, luka tersebut akan lebih mudah untuk dijangkiti kuman dan akan memberi kesan pada luka.

Antara kesan yang korang akan dapat kalau tak cuci luka dengan betul adalah berlakunya nanah, bengkak di sekeliling luka, dan jangkitan kuman dalam darah yang juga dikenali sebagai septicemia.

Sebenarnya, cara rawat luka ni senang sahaja, korang hanya perlu ikut 3 langkah mudah ini untuk merawat luka dengan lebih baik dan mengelakkannya daripada meninggalkan parut serta mendapat jangkitan kuman.  

Pertama, cuci luka dan lap menggunakan tisu yang kering. Kemudian, semburkan Hansaplast Wound Spray pada luka untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman.

Kemudian, tutup luka dengan menggunakan pembalut luka steril Hansaplast, pembalut ini dapat  membantu untuk melindungi 99% daripada jangkitan bakteria serta habuk daripada membiak di dalam luka. 

Kenapa pembalut ni boleh lindungi 99% luka daripada dapat jangkitan bakteria? Haa, sebab pembalut Hansaplast ni telah pun menjalani ujian klinikal dan mampu melindungi 99% daripada jangkitan kuman berbanding dengan jenama lain yang berada di pasaran. 

Akhir sekali, untuk mencegah luka menjadi parut serta cepat sembuh, korang perlu sapukan Hansaplast Wound Healing Ointment pada luka kerana  ia boleh membantu untuk menyembuhkan luka 2 kali ganda lebih cepat berbanding luka yang tidak dirawat. 

Apa yang best dengan Hansaplast Wound Spray ni, korang tak akan rasa sakit apabila disemburkan pada luka, ia sangat sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. 

Bukan itu sahaja, Hansaplast ini juga dapat membantu melindungi luka daripada cepat kering serta ia melembabkan keadaan luka, yang mana ia dapat membuatkan luka kering secara semula jadi  tanpa meninggalkan kesan parut. 

Dengan mengikuti langkah mudah di atas, korang dapat mengelakkan diri  daripada dapat jangkitan bakteria yang menjadi menyebabkan luka lambat sembuh, bernanah dan menjadi parut. 

Lindungi Luka Daripada Jangkitan Kuman Bersama Hansaplast

Pastikan korang ada produk Hansaplast dalam first aid kit di rumah sebab ia akan memudahkan kerja untuk mencuci luka walaupun hanya luka kecil. Dapatkan produk Hansaplast di Guardian, Watsons, Caring serta farmasi terpilih yang berdekatan.

Kalau korang beli Hansaplast Wound Spray atau Hansaplast Wound Healing Ointment dalam satu resit pembelian di Guardian bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2021, korang akan dapat TNG eWallet Reload Pin bernilai RM 5. Klik sini untuk ke borang tebusan.

Terhad untuk 200 penebusan awal dan tertakluk pada terma dan syarat.

Maklumat lanjut mengenai produk ini, korang boleh follow Facebook Hansaplast Malaysia.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas