Connect with us

Oh! Media

Adik Bekas Perdana Menteri Berjaya Dapat RM67 Jadi Pemandu e-Hailing

Ohmedia airasia ride

Trending

Adik Bekas Perdana Menteri Berjaya Dapat RM67 Jadi Pemandu e-Hailing

Memandangkan ramai diberhentikan kerja pada waktu pandemik ini, ramai yang mula beralih menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing. Ini serba sedikit dapat membantu mereka menyara pembelanjaan harian keluarga sementara menantikan panggilan kerja baharu nanti.

BACA: Pemilik AirAsia Tukar Bidang Jadi Penghantar Makanan?

Mungkin itulah sebab mengapa Datuk Seri Nazir Razak, anak bongsu Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua ingin cuba sendiri pengalaman menjadi pemandu e-hailing.

IKLAN

Dalam satu video yang dikongsikan airasia ride di Youtube, adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran menjadi pemandu selama 4 jam dan cuba mendapatkan seberapa ramai penumpang yang boleh.

Nazir

Syarikat penerbangan tambang murah No.1 negara, AirAsia juga nampaknya sudah mula melakukan perkhidmatan e-hailing dengan nama airasia ride.

Berjaya dapat RM67 dalam masa 4 jam

Nazir yang cuba menjadi pemandu biasa bagaimanapun tetap dapat dikenali penumpang. Nazir juga dilihat bersembang mengenai banyak perkara termasuklah mengenai impian arwah Tun Abdul Razak memimpin negara.

Nazri turut berkongsi dia berjaya mendapatkan RM67.00 sepanjang 4 jam membawa penumpang ke banyak lokasi.

Nazir nak pandu lagi kalau ada masa lapang

Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik. – Katanya.

Beliau turut membuat kiraan kasar sekiranya dia menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa, sudah tentu boleh memperoleh pendapat sekitar RM200 hingga RM250 sehari.

Aaride 193 20210824142347 newsroomairasiacom

Pastinya apa yang dilakukan Datuk Nazir adalah satu pengalaman yang sangat baik untuk merasai sendiri bagaimana rakyat biasa mencari rezeki. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas