Connect with us

Oh! Media

SWS 28 Rai Ibu Mengandung Dengan Muzik Video “Swing It, Work It, Shake It” 

SWS 28, Rai ibu mengandung, Swing It, Work It, Shake It,

Oh! Lifestyle

SWS 28 Rai Ibu Mengandung Dengan Muzik Video “Swing It, Work It, Shake It” 

Buat pertama kalinya, muzik video yang memfokuskan ibu mengandung telah dilancarkan. Lagu yang menarik perhatian ramai ini bertajuk “Swing It, Work It, Shake It”,  direka bagi meraikan perjalanan kehamilan dan kekuatan ibu mengandung dengan rutin tarian. 

ADVERTISEMENT

Menarikkan konsep muzik video ini. Tapi korang nak tahu tak, satu fakta menarik bagi muzik video ni? 

Guna Ibu Mengandung Sebenar Sebagai ‘Talent’

Kalau korang nak tahu, penampilan ibu mengandung yang terlibat dalam video ini semuanya ibu mengandung yang sebenar. Kesemua mereka dipilih khusus melalui uji bakat yang diadakan bagi mengekalkan konsep meraikan kekuatan ibu mengandung. 

Ini baru betul, menunjukkan kekuatan ibu mengandung! Apa je yang ibu tak boleh buat? 

Meraikan Kekuatan Ibu Mengandung Dengan SWS 28

Projek ini adalah salah satu inisiatif oleh SWS 28 yang bertujuan ingin menonjolkan kepentingan meraikan dan memberi sokongan penuh bagi ibu mengandung. 

Sebagai seorang wanita, yang dulunya mempunyai kehidupan mereka sendiri, namun kini mengalami satu proses perubahan yang cukup hebat. Mereka memerlukan waktu bagi memahami keadaan mereka dan dalam masa yang sama mereka perlu memikul tanggung jawab yang cukup besar. 

Ibu mengandung sering merasa keseorangan. Sebab itulah, kita perlu memberi sokongan penuh bagi ibu mengandung dan lebih memahami keadaan mereka.  Sebab itulah, SWS 28 mengambil inisiatif ini bagi memberikan dukungan bagi semua ibu mengandung di luar sana. 

Hmm, para suami pun kenalah peka. Jangan mengelat tau!  

SWS 28 Keperluan Ibu Mengandung Sejak Lebih 46 Tahun 

SWS 28 yang sudah dikenali sebagai jenama pilihan ramai bagi keperluan berpantang Perubatan Cina Tradisional (TCM) yang ditubuhkan sejak tahun 2014 dan  mempunyai sejarah selama lebih 46 tahun  dalam Perubatan Cina Tradisional. Ia telah bertapak sejak tahun 1978 dengan Pusat Tradisional & Akupunktur Wing Sang. 

SWS 28 kini lebih dikenali dengan produk penjagaan kesihatan dan keperluan berpantang TCM premium. Ia tentunya menjadi pilihan utama bagi para ibu yang memilih Perubatan Cina Tradisional.  

Keperluan berpantang TCM ini dilengkapi dengan khasiat yang bermanfaat bagi ibu yang baru bersalin dan pastinya menggunakan bahan yang berkualiti dan premium. Bukan itu  sahaja, ia juga menawarkan perkhidmatan berpantang yang berkualiti di seluruh Malaysia. 

Maklumat lanjut mengenai tawaran SWS 28 layari, https://28mum.com.my/.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas