Oh! Artis
“Masing-Masing Macam Peti Sejuk 3 Pintu” – Atikah Suhaime ‘Sound’ Netizen Tegur Makan Ikan Pari
Pelakon cantik Atikah Suhaime baru-baru ini ‘naik angin’ di Instagram selepas menerima komen-komen yang dianggap melampau daripada netizen.
Menurut Atikah, ada golongan makcik-makcik di TikTok yang kononnya pakar dalam bab pantang larang menegurnya makan asam pedas pari.
Netizen tegur Atikah makan asam pedas pari

Difahamkan, asam pedas pari adalah masakan ibu Atikah ketika mereka bercuti ke Janda Baik, Pahang. Pelakon ini pelik apabila ada yang mempertikaikan tindakan ibunya memasak pari seolah-olah sengaja membahayakan anak sendiri.
Takkanlah mama Tika sendiri nak racun anak sendiri? Agaklah.
Tambah Atikah lagi, platform TikTok yang dahulunya tempat santai berkongsi resepi dan aktiviti harian kini dah ‘dicemari’ dengan komen berbaur kecaman daripada golongan netizen berumur yang terlalu obses dengan pantang larang tradisional.
TikTok dah tak selamat dah. Ada ke patut rata-rata comment kat TikTok kata pari berbisa lah, nanti anak Tika kembung lah…
“Saya dah habis pantang, tapi yang comment tu…”

Menurut Atikah, dia sudah lama habis berpantang tetapi netizen di ruangan komen sibuk menasihatinya supaya menjaga pantang dengan baik.
Atikah menyindir netizen yang memberi nasihat itu kononnya penampilan mereka juga tidak mencerminkan apa yang dikatakan.
Lepas tu kan, orang yang comment pasal makanan pantang masing-masing dah macam peti sejuk 3 pintu. Takda satu pun yang sibuk comment pasal pantang awet muda macam mama Tika.
Pelakon yang sering berkongsi video masakan dan mukbang di TikTok ini sudah hilang semangat untuk berkongsi video disebabkan kecaman tersebut.
“Kalau you tak awet muda, please jangan nasihat saya”

Dalam satu lagi perkongsian, Atikah turut menempelak individu yang memberi nasihat tetapi tidak menjaga penampilan sendiri.
You sendiri advise diri sendiri cantikkan diri dulu baru advice orang lain. Ada hati nak cakap tu, dah lah macam senduk je masing-masing pun.
Rata-rata peminat turut menyokong kenyataan tegas Atikah demi mempertahankan dirinya dan ibu daripada kecaman toksik.
Pssttt! Betul juga kata Atikah tu, takkan lah ibunya nak masak kalau bahaya kan? Masing-masing ada cara tersendiri, kalau nak tegur pun, gunalah perkataan yang berhemah.
Kredit: Instagram Atikah Suhaime
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM