Connect with us

Oh! Media

Semenyih Semakin Membangun, Tapi Penduduk Perlu Bersesak Ke Hospital Kajang Untuk Dapatkan Rawatan

Hospitalsemenyih

Oh! Lifestyle

Semenyih Semakin Membangun, Tapi Penduduk Perlu Bersesak Ke Hospital Kajang Untuk Dapatkan Rawatan

Saban hari, dapat kita lihat bandar-bandar di Selangor seperti Semenyih, Kajang dan juga Bangi semakin hari semakin membangun dengan pelbagai infrastruktur dibina demi kemudahan penduduk sekitar kawasan tersebut.

BACA: Presiden Persatuan Hospital Swasta Gesa Kerajaan Bawa Masuk Jururawat Asing

Namun begitu, lain pula luahan seorang pembaca Kosmo yang berharap agar pihak kerajaan boleh menyediakan kemudahan kesihatan buat warga penduduk di Semenyih.

IKLAN

Menurut luahan pembaca tersebut, pembinaan hospital amatlah diperlukan bagi daerah Semenyih yang ketika ini menghadapi pertambahan penduduk yang begitu tinggi dengan banyaknya kawasan perumahan baru yang dibuka.

2018 bh311016ms016 1619885197

Pembaca tersebut turut mendedahkan bahawa penduduk Semenyih terpaksa bersesak untuk mendapatkan rawatan di hospital yang terdekat dengan mereka iaitu di Hospital Kajang.

Di akhir luahannya itu, pembaca tersebut berharap agar pihak Kementerian Kesihatan yang baru dapat meneliti semula cadangannya agar dapat memanfaatkan penduduk Semenyih dan kawasan sekitarnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas