Sambutan Raya kan sebulan, mesti ada banyak rumah terbuka diadakan betul tak? Haa, dah alang-alang tu, kalau korang ada waktu lapang pada 19 April 2025 nanti, jangan lupa meriahkan acara Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna @ Salak Perdana!
Aidilfitri Pasti Lebih Meriah Dengan Rumah Terbuka Greenwoods Senna!
Tak dinafikan, sambutan Aidilfitri korang pasti akan lebih meriah kalau korang datang ke acara Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna ini sebab ada pelbagai aktiviti menarik untuk korang sertai tau.
Meet & Greet Bersama Didi & Friends
Anak-anak korang confirm tak akan duduk diam kalau dapat berjumpa dengan karakter kegemaran mereka daripada Didi & Friends! Paling best, banyak aktiviti menarik yang anak-anak korang boleh lakukan seperti menyanyi, menari dan bergambar bersama.
Sesi Perkongsian Umrah Oleh Tabung Haji Travel (1pm)
Sudah lama pasang niat untuk ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah? Pastinya ramai yang menyimpan hasrat yang sama membawa ibu bapa dan anak-anak menunaikan umrah.Tabung Haji Travel akan membuat sesi perkongsian mengenai ibadah umat Islam ini.
Pengunjung boleh bertanya lebih lanjut kepada ustaz dan ustazah yang berpengalaman ke sana, apa persediaan yang perlu dilakukan dari segi mental dan fizikal selain prosedur penting sebelum ke sana.
Lukisan Seni Pasir
A child draws with colored sand picture Cartoon characters
Kembangkan kreativiti anak-anak dengan menyertai lukisan seni pasir, mana tahu mereka ada bakat terpendam! Psst, ibu bapa pun boleh sertai tau, jadi kalau korang belum pernah cuba, inilah masanya! Bukan itu saja, imbau semula kenangan waktu kecil dengan menikmati pelbagai jenis gula-gula tersedia khas untuk seisi keluarga.
Lukisan Seni Atas Muka
Realisasikan angan-angan anak-anak untuk menjadi karakter yang diinginkan dengan lukisan seni atas muka. Tak kira apa jua jenis karakter, dari haiwan yang comel, kartun kegemaran mahupun bunga-bunga yang menawan. Pasti wajah mereka tampak lebih comel!
Greenwoods Senna @ Salak Perdana, Rekaan Rumah Moden, Banyak Kemudahan. Puas Hati Kalau Beli Rumah Yang Tepat!
Greenwoods Senna @ Salak Perdana menawarkan 368 Semi-D Berkembar yang dikelilingi persekitaran yang mesra dan hijau, di mana anda boleh nikmati kehidupan moden serta lestari.
Terletak di atas tanah pegangan bebas, Greenwoods Senna @ Salak Perdana menawarkan koleksi 368 unit Semi-D Berkembar, dengan reka bentuk bersaiz antara 34′ x 65′ hingga 44′ x 75′ menampilkan konsep susun atur terbuka dan dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik mandi yang melengkapi keperluan anda sekeluarga.
Setiap unit mempunyai teres sisi dengan unit tertentu yang mempunyai teres belakang yang menyediakan ruang untuk ahli keluar berkumpul beramai-ramai menjamu selera di luar sambil menikmati pemandangan yang memukau.
Menariknya, kawasan perumahan ini mempunyai komuniti berpagar dan berkawal yang selamat dengan susun atur konsep terbuka yang direka untuk kehidupan berkeluarga.
Bertempat di lokasi strategik berhampiran lebuhraya utama seperti Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX serta akses mudah ke stesen ERL Salak Tinggi, Greenwoods Salak Perdana memastikan kesinambungan perjalanan yang lancar ke ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Perbandaran Greenwoods Salak Perdana terletak berhampiran kemudahan beli-belah seperti KIP Mall, AEON Mall, dan Mitsui Premium Outlet, pastinya melengkapi keperluan harian mahu pun barangan mewah.
Justeru, Greenwoods Senna adalah rumah yang sesuai untuk pengalaman hidup moden dan luas di mana korang boleh dapatkan ketenangan fikiran.
Jadi, korang tunggu apa lagi? Pastikan korang datang ke acara Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna ini okay?
Jangan lupa untuk tandakan kalendar siap-siap – 19 April 2025, dari 10 pagi hingga 4 petang di Greenwoods Senna Show House @ Greenwoods Salak Perdana. Banyak aktiviti menarik menanti untuk anda sekeluarga! Untuk mendaftar, isi borang di link INI atau hubungi talian 03-92127411.
Kongsikan artikel ini:
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.