Connect with us

Oh! Media

Punyalah Panas Cuaca Sekarang Sampai KJ Shopping Aircond Raya Di KLCC

Branded

Punyalah Panas Cuaca Sekarang Sampai KJ Shopping Aircond Raya Di KLCC

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin (KJ) telah dilihat ke Kuala Lumpur Convention Centre, di ibu kota. Aik, KJ buat apa kat sana?

Dalam lawatannya, KJ dilihat meluangkan masa di booth penghawa dingin Haier, jenama yang terkenal dengan teknologi inovatif dalam penyaman udara. KJ cari aircond Raya ke?

Kj Haier Aircond

Di booth Haier, KJ berpeluang melihat sendiri UV Cool Color Series, model penyaman udara terkini yang bukan sahaja menawarkan penyejukan efisien tetapi juga mempunyai ciri-ciri moden terbaru. 

Apa yang menjadikan model ini unik adalah keupayaannya untuk menukar warna panel kepada biru atau merah jambu, menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk menyesuaikan dengan dekorasi dalaman rumah. Bukan sekadar aircond biasa dengan warna hitam putih atau kelabu, model ini boleh bertukar warna-warni mengikut mood penghuni rumah.

Lebih jimat tenaga

Haier Uv Cool Series

Selain reka bentuknya yang menarik, UV Cool Color Series juga hadir dengan teknologi AI ECO. Dengan ciri ini penggunaan tenaga akan dikesan secara automatik dan mengubah tahap kepada mod ECO. Sekaligus menjimatkan 60% penggunaan tenaga.

Tidak perlu lagi risau peningkatan bil elektrik apabila tenaga berlebihan digunakan. AI ECO adalah jawapannya.

Bunuh 99.9% bakteria

Photo 6237706073884704764 y   Copy

Lebih menarik, penyaman udara ini turut dilengkapi dengan ciri UVC Sterilization. Dengan teknologi canggih ini, aircond ini membantu membunuh 99.9% bakteria, mengurangkan bau dan menjadikan udara lebih bersih serta segar di dalam rumah. 

Dengan inovasi ini, pengguna dapat menikmati keselesaan udara yang lebih sihat dan selamat di dalam rumah. Menarik kan?

Jika anda sedang mencari penghawa dingin dengan teknologi terkini serta rekaan yang boleh disesuaikan dengan citarasa sama macam KJ, kunjungi pengedar sah Haier yang terdekat dan dapatkan UV Cool Color Series anda hari ini!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas