Connect with us

Oh! Media

PKP Raya Nanti? Ini Kami Kongsikan 7 Drama Menarik Di Viu Yang Confirm Buat Mata Korang Melekat Pada Skrin

Branded

PKP Raya Nanti? Ini Kami Kongsikan 7 Drama Menarik Di Viu Yang Confirm Buat Mata Korang Melekat Pada Skrin

Haaaa! Siapa pengguna Celcom kat sini? Korang tahu tak yang korang boleh tonton drama-drama dekat Viu tanpa had dengan Celcom Xpax Truly Unlimited?! WOWWW BIAR BETUL!

Eh bukan tu saja, kalau korang beli mana-mana tawaran di Celcom Xpax just4ME™️ bersempena dengan kempen Sejuta Raya kali ini, korang berpeluang untuk unlock hadiah dan juga kredit dari Grab, Lazada, Touch ‘n Go eWallet. Guna mata ganjaran Celcom Xpax just4ME™️ je dah boleh dapat semua tu? Wowww, hebatkan!

Lebih menarik lagi, apabila korang juga boleh tebus mata ganjaran Celcom Xpax just4ME™️  untuk dapatkan Internet dan nilai kredit secara PERCUMA! Perghhh, bolehlah korang layan drama sampai lebam hahaha!

Dah alang-alang bercakap pasal drama ni korang tahu tak Viu ada banyak content-content dari dalam dan luar negara? Kandungan yang disajikan pun sentiasa up-to-date

Kalau korang tengok K-drama terbaru pun siap ada sarikata Bahasa Melayu lagi tauuu. Nak layan Running Man dan 2 Days 1 Night pun mudah dekat dekat Viu. 

Siapa yang belum langgan Celcom Xpax korang memang rugi, sebab macam-macam rancangan yang korang boleh tonton dekat Viu, yang paling penting boleh tonton tanpa had!

Ni kami kongsikan 7 drama yang wajib korang tonton! Sambil-sambil tonton tu korang bolehlah hilangkan duka tak dapat pula berhari raya nanti. Kita pun tengah PKP balik sekarang ni so lebih baik korang stay je kat rumah sambil layan Viu, kan lebih selamat!

1.Isteri Misteri

Baca tajuk je pun dah suspen, ni belum tengok lagi. Kalau korang nak tahu Isteri Misteri ni berkisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Rizal (Sharnaaz Ahmad) yang tiba-tiba sahaja mendapat ramalan dari seorang bomoh bahawa isterinya ada niat untuk membunuh dirinya. Nak dijadikan cerita, Rizal ni rupa-rupanya seorang kaki perempuan. Lebih dahsyat lagi bila Rizal ni sebenarnya ada 3 orang isteri! 

Jadi teka-tekinya sekarang, isteri yang mana satu yang berniat nak bunuh Rizal? Jeng jeng jeng. Fuhhh memang misteri. Korang kena tengok drama ni di Viu untuk tahu kesudahan cerita si Rizal ni. Drama ni juga dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azira Shafinaz dan Azar Azmi, jadi rugi sangat kalau korang tak tengok!

2.Black

Haaa, tadi dah suspen, kali ni kita masuk cerita seram la pula. Siapa yang pernah tonton K-drama Black ni mesti tahu yang K-drama ni lain daripada cerita-cerita seram yang pernah korang tonton sebelum ni. Jalan cerita drama ini memang terbaik sebab semua watak dalam drama saling berkait antara satu sama lain. Ramai betul orang jahat dalam drama ini, sampaikan korang akan ingat orang ini dah habis jahat rupanya ada lagi yang jahat hahaha.

Black ni menceritakan tentang seorang wanita bernama Kang Ha Ram (Go Ara) yang mempunyai kelebihan untuk melihat bayang hitam yang boleh mengesan jika seseorang itu akan mati. Kang Ha Ram juga boleh tahu macam mana seseorang itu akan mati dengan hanya menyentuh bayang hitam tersebut. Disebabkan oleh kelebihan itu, hidup Kang Ha Ram menjadi huru hara sehinggakan dia terpaksa memakai kacamata hitam sepanjang masa disebabkan dia takut dengan bayang hitam!

3.Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Suspen dah, seram pun sudah, apa kata kali ni kita kembali ke masa lampau untuk mengimbau sejarah pula hehe. Korang jangan risau, drama-drama sejarah yang kami nak kongsikan ni dijamin akan buat mata korang tak lekang dari tengok skrin! Silap-silap korang boleh habiskan kesemua episod dalam satu hari je sebab jalan cerita dia memang best

Sebelum korang tengok Scarlet Heart Ryeo ni, kami nak pesan awal-awal supaya sediakan tisu banyak-banyak sebab drama ni memang akan buat korang mengalir air mata. K-drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo ni menceritakan tentang seorang gadis dari abad ke-21iaitu masa kini, yang secara tiba-tiba telah kembali ke zaman Dinasti Goryeo iaitu dinasti pemerintahan oleh Raja Taejo (Raya pertama di Goryeo) pada 1.100 tahun yang lalu. Di Goryeo Hae Soo hidup sebagai sepupu kepada isteri Wang Wook (putera raja ke-8). 

Oleh kerana sikapnya yang ceria, secara tidak langsung juga telah membuatkan kesemua putera Goryeo senang dengan Hae Soo. Namun, siapa sangka dari seorang gadis biasa, Hae Soo akhirnya terpalit dengan konflik-konflik istana yang tidak dapat diterima akal. Saksikan bagaimana kehidupan Hae Soo di Goryeo, dapatkah dia kembali semula ke dunia asal? 

4.River Where The Moon Rises

River Where the Moon Rises ni telah diadaptasikan daripada salah satu cerita klasik rakyat Goryeo yang terkenal di Korea. Menceritakan tentang seorang puteri raja yang telah dibesarkan oleh seorang tentera setelah kematian ibunya. 

Pyeong Gang yang dijaga oleh tentera telah membesar menjadi seorang wanita yang kental, berdisiplin dan juga merupakan seseorang yang mempunyai cita-cita tinggi. Dia juga turut memiliki keinginan untuk menjadi pemerintah wanita yang pertama di Goryeo. 

Segala persiapan telah dilakukan untuk merealisasikan impiannya namun pertemuan diantara Pyeong Gang dan On Dal pula telah membuatkan kisah ini menjadi semakin menarik. Berjayakah Pyeong Gang menjadi ratu di Goryeo? Apa pula kaitannya dengan On Dal? 

5.Goblin

Jom kita beralih kepada fantasi pula. Tapi fantasi bukan sebarang fantasi tau. K-drama yang kami nak kongsikan ni pernah menjadi K-drama dengan rating paling tinggi sepanjang masa di Korea! 

Goblin menceritakan tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Kim Shin (Gong Yoo) yang telah dikhianati pada kehidupan lampaunya yang telah mengakibatkan dia hidup sebagai seorang Goblin selama 900 tahun akibat pedang yang tertusuk di dadanya. Dia akhirnya bertemu dengan Ji Eun-Tak (Kim Go-eun) yang merupakan pengantin Goblin iaitu satu-satunya manusia yang boleh menarik pedang di dada Goblin dan mematikannya. Namun, hidup Eun-Tak tidak lama, malah dia juga sudah beberapa kali telah ditakdirkan untuk mati namun, nyawanya gagal dicabut oleh malaikat pencabut nyawa kerana telah dihalang oleh Goblin. Korang kena saksikan pengakhiran cerita ni sebab memang Daebakkk! 

6.Hotel De Luna

Nak dijadikan cerita, Hotel De Luna ni adalah penempatan sementara bagi roh-roh yang akan pergi ke alam akhirat dan di Hotel ini roh-roh itu akan tinggal sementara untuk menyelesaikan dendam atau hajat yang belum tercapai. Mereka juga turut dibantu oleh pekerja-pekerja di Hotel De Luna. Dilakonkan oleh IU sebagai Jang Man Weol. Memang wajib tengok sebab Hotel De Luna ni antara K-drama yang direkomen ramai!

7.Attact On Titan

Attack On Titan merupakan anime yang diangkat dari manga berjudul ‘Sama’ karya Hajime Isayama. Berkisah tentang dunia di mana sekumpulan manusia hidup di wilayah yang dikelilingi oleh tiga lapis tembok besar. Tembok besar itu sebenarnya melindung mereka dari makhluk pemakan manusia berukuran raksasa yang juga dikenal sebagai Titan.

Berabad-abad yang lalu, kaum manusia dibantai hingga hampir punah oleh Titan sehingga menyebabkan manusia untuk bersembunyi dalam ketakutan di balik dinding konsentris yang sangat besar. Apa yang membuatkan raksasa-raksasa ini benar-benar menakutkan adalah kemahuan mereka terhadap daging manusia mereka sebenarnya tidak lahir dari rasa lapar, tetapi dari rasa gembira. 

Saksikan bagaimana Eren menempuh kehidupannya melawan Titan yang tidak pernah dilihat oleh kaum manusia sejak beratus tahun yang lalu. Antara Anime yang mempunyai rating tertinggi di seluruh dunia! Wajib tonton.

Kalau dah habis tengok kesemua diatas, korang jangan risau sebab kami senaraikan lagi 14 drama yang wajib korang tonton yang paling penting korang takkan menyesal tonton sampai habis!

  • The Long Ballad 
  • Fight For My Way 
  • Touch Your Heart 
  • Hwarang
  • Her Private Live 
  • Kill Me, Heal Me 
  • Empress Ki 
  • Descendent of the Sun
  • My ID Is Gangnam Beauty
  • Weightlifting Fairy Kim Bok Joo
  • Strong Woman Do Bong Soon 
  • Pretty Little Liars
  • Kampung Kolestrol

Jom layan drama menggunakan internet terbaik hanya dengan Celcom

Amacam? Mesti tak sabarkan korang nak tengok kesemua drama-drama kat atas. Kan dah cakap tadi rugi siapa yang tak langgan Celcom Xpax. Dahlah boleh kumpul mata ganjaran Celcom Xpax just4ME™, siap boleh tebus hadiah dan internet serta kredit PERCUMA! Kalau macam ni, barulah syok korang nak tonton drama menarik di Viu.
Untuk tahulebih lanjut tentang pelan internet yang ditawarkan CelcomXpax korang klik je di SINI.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas