Connect with us

Oh! Media

Pewangi Rumah Mahal? Ini Cara DIY Sendiri Guna Tiga Bahan

Oh! Lifestyle

Pewangi Rumah Mahal? Ini Cara DIY Sendiri Guna Tiga Bahan

Rumah yang bersih, kemas dan wangi menjadi satu terapi buat orang ramai. Sesuailah dengan ungkapan ‘rumahku syurgaku’, walau di mana pun kita pergi, rumah menjadi tempat yang paling nyaman.

ADVERTISEMENT

BACA: Tips Mudah Cuci Kerang Gerenti Bersih, Lumpur Pun Hilang!

Dalam memastikan rumah sentiasa berbau harum, ramai di antara kita menggunakan pewangi rumah yang dijual di pasaran.

Bagi pewangi yang berkualiti dan tahan lama, harganya diakui agak mahal. Memang terasa jugalah duit mengalir kalau beli untuk kegunaan di ruang tamu dan bilik-bilik kan?

Di Facebook, seorang wanita berkongsi cara-cara DIY sendiri haruman rumah menggunakan pelembut pakaian. Tak kisahlah jenama apa asalkan wangi. Jom try!

Guna tisu, pelembut pakaian

Percubaan wangikan rumah dengan cara paling jimat. Pernah tengok ahli post wangikan rumah dengan gunakan sabun buku menggunakan bekas pewangi lamo. Saya pula gunakan softener baju dan gunakan bekas airwick lamo. Selamat mencuba. Bagi yang ada anak kecil try letak tempat paling safe takut tumpah or budak-budak main.

Kalau tak ada pelembut pakaian, korang boleh je guna sabun mandi jenis buku. Namun, perkongsian ini fokus kepada pelembut pakaian.

Caranya mudah, korang rendam je tisu dengan pelembut pakaian tu. Dicadangkan juga letak setitis dua cuka untuk wangian lebih tahan lama. Selamat mencuba!

Kredit: Noriah Mohd Nor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas