Connect with us

Oh! Media

Norma Baharu, Gaya Hidup Baru. Ini 4 Perkara Penting, Lelaki Selalu Terlepas Pandang!

Branded

Norma Baharu, Gaya Hidup Baru. Ini 4 Perkara Penting, Lelaki Selalu Terlepas Pandang!

“Tak pernah-pernah muka kau naik jerawat, ni kenapa pula penuh kat pipi?”

Pemakaian mask kini menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian.

Walaupun penggunaan mask memberi manfaat besar kepada masyarakat, namun ia hadir bersama kesan sampingan bergantung kepada individu yang memakainya. 

Salah satu kesan ketara penggunaan mask dengan kerap ialah kemunculan jerawat (maskne) pada bahagian muka yang ditutupi mask.

Kemunculan maskne menjejaskan penampilan individu dan boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri. Jadi kali ni, Oh! Media nak kongsikan macam mana nak menangani kemunculan maskne ni, yang lelaki tu, take note tau!

1. Menukar mask pakai buang dengan kerap

Walaupun mask yang dipakai menjadi pelindung daripada luaran, namun bahagian dalam mask bergeser dengan kulit, peluh atau wap udara yang terperap pada bahagian muka yang ditutup menjadi punca kemunculan bakteria punca jerawat.

Apa yang korang boleh lakukan ialah kerap tukar mask pakai buang yang digunakan, sentiasa pastikan korang ada  mask extra di dalam bag. Jika korang ada kulit yang sensitif, elakkan memakai mask jenis guna semula atau kain.

2. Periksa rutin penjagaan muka

Rasanya yang ni paling ramai terlepas pandang, apabila merasakan tanda-tanda maskne pada muka, perkara pertama yang korang perlu lakukan ialah check semula rutin penjagaan muka.

Maskne adalah jerawat yang terjadi akibat pemakaian mask, jadi untuk korang yang mempunyai masalah ini, penting untuk menggunakan produk khusus bagi melawan jerawat. 

Bagi kaum lelaki, tak semua pencuci muka korang boleh ‘bedal’ macam selalu. Untuk menangani masalah ini, gunakan DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub.

Berbeza dengan pencuci muka anti jerawat lain di pasaran, NIVEA MEN DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub mempunyai kandungan garam Himalaya yang membantu melawan bakteria punca jerawat.

Formula anti-kuman, asid salisilik dan garam Himalaya ini telah terbukti secara klinikal mampu membersihkan jerawat, minyak berlebihan serta kesan gelap pada muka dengan berkesan. 

Ia juga mempunyai 99% kesan anti-kuman dan membantu mengurangkan maskne yang berpunca daripada pemakaian mask hampir sepanjang hari.

Ramai pengguna memberikan maklum balas yang positif selepas menggunakan NIVEA MEN DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub. Malah, produk ini berjaya mendapat 4.8 bintang daripada 1,333 testimonial pengguna di Home Tester Club.

Kesan ketara penggunaan juga boleh dilihat seawal 7 hari sahaja tau. Bestnya!

3. Elak menyentuh muka selepas menanggalkan mask

Kadang-kala menyentuh muka selepas menanggal mask menjadi satu kebiasaan kerana muka terasa ‘bebas’. 

Tapi korang tau tak, perbuatan ni sebenarnya memudaratkan kerana bakteria atau kuman pada tangan dengan mudah berpindah pada muka.

4. Cuci muka selepas melakukan aktiviti yang aktif 

Kebanyakkan aktiviti riadah dah mula dibenarkan, mesti ramai yang dah mula bersukan. Mengamalkan gaya hidup aktif sangat bagus untuk kesihatan. Ia membantu melancarkan pengaliran darah pada seluruh anggota tubuh.

Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila bersukan, peluh dibiarkan kering sendiri pada muka atau lebih menakutkan penggunaan kain lap peluh yang sama untuk beberapa hari kerana ‘menyangka’ ia tidak mendatangkan apa-apa kesan yang memudaratkan. Manalah tak dapat jerawat!

Ni kami dah share tips, jangan malas nak ikut pula. Bagi merawat jerawat pada muka korang, gunakan NIVEA MEN DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub. 

Tidak hanya terbukti secara klinikal, rata-rata pengguna turut memberikan maklum balas yang positif selepas menggunakan produk ini. Tak nak cuba ke?

Beli DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub dan kembalikan ‘kejantanan’ wajah!

Usah biarkan kemunculan maskne buatkan korang rasa rendah diri. Miliki kulit muka bebas maskne atau jerawat hanya dengan NIVEA MEN DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub.

Bermula 12-30 November ini, nikmati potongan harga sehingga 25% untuk produk NIVEA MEN terpilih, di kedai yang menjual rangkaian NIVEA seluruh negara dan ada juga baucar tunai menanti korang.

Promosi NIVEA MEN 12.12. Wow!

Bulan Disember ini juga ada yang istimewa menanti korang, sempena tarikh istimewa 12.12, korang boleh dapatkan 2 NIVEA MEN DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub pada harga RM22 (penjimatan 45%) di Shopee dan Lazada.

Inilah masa terbaik untuk anda add to cart dan buktikan sendiri keberkesanan NIVEA MEN DEEP Rapid Acne Oil Clear Mud Scrub.

Tidak terhad pada tarikh istimewa sahaja, bermula 1-12 Disember, NIVEA juga nak tawarkan promosi dan diskaun kaw-kaw. Korang boleh nikmati potongan harga produk 40%* bagi pembelian produk NIVEA MEN dan baucar diskaun tambahan bernilai RM40*

Rebut juga peluang beli produk NIVEA MEN pada harga RM12 dan miliki produk NIVEA terpilih secara PERCUMA.

Manakala pada 13-31 Disember, NIVEA akan mengadakan Year End Sale dengan menawarkan diskaun sehingga 25 peratus untuk produknya. Promosi ini boleh dinikmati di kedai yang menjual rangkaian NIVEA dan sementara stok masih ada.

Psstt.. Tanya balik diri korang, sampai bila nak biarkan jerawat beranak-pinak pada muka? Maklumat lanjut ikuti Facebook NIVEA MEN Malaysia.

*Untuk waktu yang terhad & sementara stok masih ada.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas