Connect with us

Oh! Media

Mahu Atasi Masalah Rambut Gugur? Boleh Cuba Petua Ais Kiub Limau Purut

Ohmedia rambut Gugur

Oh! Lifestyle

Mahu Atasi Masalah Rambut Gugur? Boleh Cuba Petua Ais Kiub Limau Purut

Masalah seperti rambut gugur, berbau dan berkelemumur adalah salah satu punca utama yang menjejaskan keyakinan individu.

Ramai yang mempunyai masalah ini akan buntu untuk mencari jalan penyelesaian apabila semua produk rambut yang dijual di pasaran tidak berkesan bagi sesetengah mereka.

Intro 1586817013

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Ana Mahabu telah berkongsi petua ais kiub limau purut yang dikatakan berkesan dan boleh mengatasi masalah keguguran rambut.

IKLAN

Malah, kiub ais limau purut ini juga bukan sahaja mampu merawat masalah kelumur tetapi membuatkan rambut kita lebih berseri dan sihat bersinar.

Bahan-Bahan

  • Empat hingga lima biji limau purut.
  • Segelas santan kelapa asli yang diperah. Sebaiknya guna santan segar kerana ia lebih berkhasiat untuk kesihatan rambut.

Cara-Cara

  1. Kisarkan limau purut dan santan sehingga hancur, kemudian masukkan ke dalam bekas acuan kiub ais dan simpan ke dalam peti sejuk beku.
  2. Cara untuk rawatan pula ambil satu atau dua ketul kiub ais limau purut santan dan gosokkan pada kulit kepala. Kiub ais limau purut ini membantu menguatkan cengkaman akar rambut serta membantu menghilangkan pening kepala.
  3. Rawatan ini boleh dilakukan seminggu dua kali untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas