Connect with us

Oh! Media

Rai Ulang Tahun Ke-25, Kara Tawar Pelbagai Hadiah Lumayan Sehingga RM350,000, Siap Cipta Malaysia Book of Records Lagi!

Santan Kara

Branded

Rai Ulang Tahun Ke-25, Kara Tawar Pelbagai Hadiah Lumayan Sehingga RM350,000, Siap Cipta Malaysia Book of Records Lagi!

Setiap kali musim perayaan, mak-mak mesti akan suruh kita cari santan yang bagus supaya rendang dan masak lodeh menjadi betul tak? Santan apa lagi yang bagus kalau bukan santan Kara!

Memang tak dinafikan, rendang, masak lodeh atau apa jua sekalipun masakan yang menggunakan santan Kara memang menjadi! Sebab itulah jenama ini dicintai ramai ibu di luar sana. 

Sedar tak sedar, dah 25 tahun dah Kara menyediakan rakyat Malaysia dengan krim kelapa yang pekat, bebas kolesterol dan bebas pengawet, memainkan peranan penting dalam hidangan harian kita.

Agar Tak Lapuk Ditelan Zaman, Kara Hadir Dengan Rekaan Kotak Baharu

Perasan tak hari itu masa korang beli santan Kara, ada rekaan batik pada kotak santan tersebut? Lawakan? Haa, ada makna sebenarnya.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25, Kara hadir dengan rekaan batik pada kotak santan mereka, mencerminkan warisan budaya Malaysia dan melambangkan transisi masa dari generasi lalu, kini dan akan datang. 

Menurut Pengurus Besar Kara Malaysia, Susanto, Kara telah menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia selama 25 tahun, meningkatkan warisan masakan mereka dengan rasa asli, dan mereka berdedikasi untuk bawa cinta dan keaslian yang sama pada setiap hidangan.

Jadi, apa pandangan korang dengan rekaan terbaru ini? Bagi kami, baguslah Kara buat macam tu, supaya orang kita tak melupakan warisan batik, agar ia tak lapuk ditelan zaman.

Cipta Sejarah Baru, Kara Terima Pengiktrafan Malaysia Book of Records



Sempena meraikan ulang tahun Kara yang ke-25, Kara telah mengambil inisiatif untuk memberi kembali kepada masyarakat melalui “Program Amal Legasi Kara Sempurnakan Ramadan”, di bawah kempen “Legasi Kara Sempurnakan Raya”.

Menerusi program ini, Kara telah menyumbangkan sebanyak RM12,500 kepada beberapa rumah kebajikan terpilih sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat sepanjang dua dekad setengah penubuhannya. 



Kara juga telah mencipta sejarah baharu apabila berjaya mengedarkan bubur lambuk dalam jumlah paling banyak kepada rumah kebajikan dalam masa sehari.

Inisiatif ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records dan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Program ini turut melibatkan kerjasama UtusanTV, IPD Dang Wangi, cef selebriti Datuk Ismail dan Petron. Dua acara utama yang menjadi sebahagian daripada program ini ialah majlis pengagihan bubur lambuk Kara dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Secara keseluruhannya, petugas barisan hadapan menyediakan 10 periuk bubur lambuk yang berjumlah 3,000 hidangan yang diagihkan kepada 25 rumah kebajikan dan masyarakat sekitar.

Selain itu, Kara juga mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Rebung, Kuala Lumpur yang disertai oleh anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh.

Untuk menu buka puasa ini, mereka menghidangkan juadah yang diperbuat menggunakan krim kelapa Kara, merangkul semangat kebersamaan dan memberi.

Nikmati Hadiah Lumayan Bernilai RM350,000 Dengan Legasi Kara Sempurnakan Raya

Pada masa yang sama, Kara melancarkan peraduan Legasi Kara Sempurnakan Raya, yang berlangsung sehingga 15 Mei ini di mana mereka menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM350,000! Rugi kalau korang tak join tau!

Untuk menyertai peraduan ini, korang hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 untuk produk Kara. Senang kan?

Hadiah termasuk MPV Perodua Alza, tiga jongkong emas 25g, baucar beli-belah, beg tote batik Christy Ng x Kara edisi terhad, dan pin tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM80. Fuh, bestnya!

Menurut Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang telah ditunjukkan kepada Kara selama 25 tahun ini.

Kata beliau lagi, peraduan yang mereka anjurkan ini adalah sebagai satu tanda terima kasih, serta untuk memastikan setiap orang merasa seperti sebahagian daripada perayaan ini.

Selain itu, siapa dekat sini suka menari, inilah masanya untuk korang serlah bakat dengan menyertai #LegasiKaraDanceChallenge yang berlangsung sehingga 20 April ini. 

Psst, dengan mempamerkan aksi dan bakat terpendam, korang akan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM16,000 tau! Nak sertai pun senang sangat:

LANGKAH 1: Rakam video korang menari menggunakan lagu Legasi Kara Sempurnakan Raya oleh Ernie Zakri dan Syamel

LANGKAH 2: Muat naik video tersebut di Instagram, Facebook atau TikTok, kemudian ikuti @karamalaysia dan sertakan hashtag #LegasiKaraDanceChallenge, #Kara25Tahun, #IngatSantanIngatKara, dan #KaraMalaysia.

LANGKAH 3: Tag @karamalaysia dan tiga orang rakan, dan siap!

Haa, senangkan? Jadi, siapa yang memang suka menari tu, pastikan korang sertai okay? 

Kepada semua orang yang gemar memasak di rumah, pastikan korang dapatkan santan terbaik, santan Kara untuk masakan yang lebih menyelerakan, sekarang di mana-mana kedai berdekatan. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Kara, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Branded

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas