Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Bakal Benarkan Penggunaan Ubat Mengandungi Kanabis Tahun Depan

Oh! Lifestyle

Kerajaan Bakal Benarkan Penggunaan Ubat Mengandungi Kanabis Tahun Depan

Penggunaan kanabis atau ganja yang dikenali sebagai cannabidiol (CBD) dalam beberapa produk perubatan akan dibenarkan Kementerian Kesihatan pada tahun depan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Wajar Jenayahkan Kanabis, Ia Bukan Dadah Semata-Mata” – Yasin Sulaiman

Perkara itu diumum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selepas kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati terdapat bukti penggunaan kanabis dalam perubatan boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

Namun, produk CBD tersebut hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan melalui saranan doktor di klinik mahupun hospital sahaja.

Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.

Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik.

Khairy turut memaklumkan bahawa sebelum didaftarkan pada tahun depan, produk CBD akan diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA bagi mendapatkan kelulusan.

Tetapi yang penting, kita kena tengok kesahihan produk itu, kena tengok data keselamatan dan keberkesanan untuk penyakit tertentu.

Malah, dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai perubatan di Malaysia. Sebab buat masa ini kita melihat CBD secara preskripsi bukan untuk kegunaan sendiri dan jauh sekali kegunaan kanabis.

Dalam pada masa yang sama, Khairy turut mengakui bahawa terdapat individu yang memintanya untuk membenarkan penanaman ganja di negara ini.

Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit. Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.

Untuk info, CBD merupakan bahan kimia aktif dalam tanaman ganja yang digunakan bagi tujuan perubatan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas