Connect with us

Oh! Media

“Tak Wajar Jenayahkan Kanabis, Ia Bukan Dadah Semata-Mata” – Yasin Sulaiman

kanabis

Oh! Artis

“Tak Wajar Jenayahkan Kanabis, Ia Bukan Dadah Semata-Mata” – Yasin Sulaiman

Yasin Sulaiman yang sedang dipenjarakan di Sungai Buloh menyatakan pandangannya yang bertentangan terhadap penggunaan kanabis yang dianggap sebagai jenayah di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Berada Di 40 Negara Maju Lain, Yasin Tidak Akan Duduk Lokap” – Syed Saddiq

Menurut Yasin, sangat tidak wajar untuk kerajaan Malaysia melihat kanabis sebagai satu jenayah sedangkan ia adalah untuk rawatan dan perubatan.

Keluarkan kanabis daripada senarai narkotik

kanabis

Yasin menyatakan hasratnya yang berharap kerajaan dapat mengikuti jejak langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik.

Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO.

Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah senata-mata.

Menerusi laporan Utusan, Yasin menyatakan dirinya sudah mendapat rawatan dan keadaannya baik-baik sahaja. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya, terutama Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers dan Nurul Izzah.

Namun, peguam yang mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff mengatakan Yasin hanya mendapat rawatan biasa dan memohon agar anak guamannya diberikan rawatan pakar kerana penyakit yang dihidapinya bukanlah sakit biasa.

Semoga kes ini segera berakhir dan diakhiri dengan keputusan yang adil.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas